in , ,

Menangi TV 55” Prism+ Sertai Peraduan Strim & Menang Anjuran iQiyi

iQiyi Memberi Ganjaran Kepada Pelanggan Dengan Drama-drama Melayu yang hebat dan Kempen ‘Strim & Menang’ pada musim perayaan ini

Sempena bulan Ramadan dan Hari Raya, iQiyi menyediakan program-program yang menarik untuk rakyat Malaysia menonton bersama dengan orang yang tersayang. 

Drama-drama Melayu hebat di iQiyi 

Sebagai tanda penghargaan ke atas sokongan daripada para pelanggan setia VIP, peneraju perkhidmatan penstriman video atas permintaan Asia, iQiyi mengumumkan tiga drama Melayu – Bila Hati Memilih Dia, 7 Hari Mencintaiku 3 dan Kerana Aku Isteri Bidaan – yang boleh ditonton melalui iQiyi sepanjang musim perayaan ini.

Iqiyi_7 Hari Mencintaiku 3

Drama adaptasi novel nukilan Wan Nur Najihah, Bila Hati Memilih Dia, merupakan sebuah drama cinta yang menampilkan Aedy Ashraf dan Eyka Farhana. Dibintangi oleh pelakon-pelakon kesukaan ramai seperti Shukri Yahaya dan Siti Saleha, 7 Hari Mencintaiku 3bakal kembali buat musim ketiga, susulan kejayaan dua musim sebelum ini. Para peminat drama ini pasti akan merasa teruja dengan musim baharu 35 episod ini yang dipenuhi dengan drama dan keterujaan. Tidak lupa juga, drama yang mencengkam perasaan, Kerana Aku Isteri Bidaan, dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama Hisyam Hamid dan Scha Elinnea. 

Bukan itu sahaja, para peminat drama Melayu juga boleh menonton drama kegemaran mereka yang sedang distrimkan di iQiyi – 7 Hari Mencintaiku 2, 7 Hari Mencintaiku, Cukup Derita Itu, Lafazkan Kalimah Cintamu, Sabarlah Duhai Hati, Cinta Sekali Lagi dan Pengantin Satu Malam. Jika anda masih belum sempat menyaksikan siri-siri drama yang mendapat sanjungan ramai tersebut, inilah masanya untuk anda menonton lewah. 

Drama Korea, Drama Cina dan Program Anime Terbaharu

Selain daripada itu, banyak lagi drama Korea, drama Cina dan program anime yang bakal menemui anda di bulan April. Bersedialah untuk menyaksikan kehebatan pelakon-pelakon pujaan Korea seperti Lee Kwang Soo dan Kim Seol-hyun dalam drama The Murderer’s Shopping List, manakala Lee Sung-Kyung (Weightlifting Fairy Kim Bok-Joo) dan Kim Young-Dae (Penthouse) membintangi Shooting Stars. Saksikan aksi Zhou Jie Qiong dalam drama Cina Be My Princess dan Feng Shaofeng dalam Life is a Long Quiet River. Para peminat anime pula bakal disajikan dengan bukan sahaja satu atau dua, malahan lima judul untuk ditonton lewah, iaitu Kuroko’s Basketball Musim 1 – 3; Haven’t You Heard? I’m Sakamoto;Love, Chunibyo and Other Delusions!; Love, Chunibyo and Other Delusions – Heart Throb; Maid Sama! dan Tokyo Ghoul.

In Conjunction With Ramadhan And Raya, Iqiyi Will Run The ‘Strim &Amp; Menang’ Campaign Between 1St April To 8Th May To Reward Its Customers

Sambutan Bulan Penghargaan Pelanggan iQiyi: “Strim & Menang” TV 55” Prism+!   

Sempena bulan perayaan yang akan datang, iQiyi ingin memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia dengan menganjurkan sebuah kempen ‘Strim & Menang’ yang akan berlangsung di antara 1 April sehingga 8 Mei. Dengan hanya menonton drama di www.iq.com, para penonton berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti TV 55” Prism+, telefon pintar vivo, sebuah novel eksklusif 7 Hari Mencintaiku yang ditandatangani oleh penulis, Siti Rosmizah dan pelbagai hadiah lagi untuk dimenangi.

Bagaimana untuk menang? Cukup dengan menyelesaikan tugas mudah di iQiyi seperti mendaftar masuk setiap hari, menonton rancangan di platform dan menjemput rakan-rakan untuk memuat turun Aplikasi iQiyi bagi mengumpul mata sebagai pertukaran untuk hadiah. Tonton lebih banyak untuk menang lebih besar! Maklumat lanjut boleh didapati di aplikasi iQiyi.

Kempen ini juga dianjurkan sempena Bulan Penghargaan Pelanggan iQiyi, untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan VIP. Selain daripada itu, iQiyi juga telah menyediakan pelbagai siri dan program anime untuk tontonan anda semua pada musim perayaan ini. Antara judul-judul yang tidak harus dilepaskan adalah:

Iqiyi_Bila Hati Memilih Dia

Bila Hati Memilih Dia

28 Mac 2022

Setelah dituduh cuba menculik Nufail, Adra hilang minat untuk terus bekerja sebagai pengasuh Nufail kerana dia terpaksa berdepan dengan bapa Nufail, Nazril. Namun, oleh kerana satu insiden, Adra terpaksa berkahwin dengan Nazril.

7 Hari Mencintaiku 3

Akan Datang!

Dalam kisah cinta ini, kebahagiaan rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana telah diuji apabila Khuzairi menjadi lumpuh ekoran sebuah kemalangan. Sifat Khuzairi menjadi panas baran apabila dia terpaksa melawan perasaan rendah diri kerana tidak dapat menjadi seorang suami dan bapa yang sempurna. Dalam perkembangan selanjutnya, Pak Samad yang sedang sakit telah diusung ke bilik pembedahan bersama sebuah rahsia yang disimpan dari pengetahuan keluarganya. Mereka telah membongkar rahsia tersebut dalam sepucuk surat yang menyuruh mereka mencari erti cinta sejati dalam masa tujuh hari.

Kerana Aku Isteri Bidaan

Akan Datang!

Dalam cubaan untuk membebaskan diri daripada dikahwinkan dengan seorang duda, Haji Meon, yang sebaya dengan bapanya, Raian Badrina membuat dakwaan palsu yang dia telah dihamilkan oleh Farel Zafeeq untuk memaksa pemuda tersebut mengahwininya. Pada malam perkahwinan mereka, sesuatu yang tidak disangkakan berlaku apabila Raina melarikan diri dengan teman lelakinya yang sebenar, Aznor. Tanpa dijangkakan, Aznor merupakan seorang bapa ayam dan telah menjual Raina kepada pembida tertinggi. Seperti mana yang ditakdirkan, Raina bertemu semula dengan Farel di sebuah bar. Apabila mengetahui apa yang terjadi kepada Raina, Farel cuba untuk membida dan membebaskan Raina dari rumah pelacuran. Namun begitu, Farel masih dihantui perasaan malu ekoran kejadian lampau dan ini menyebabkan dia membeli Raina untuk menyeksa, dan bukan menyelamatkannya.

MyOfis

iQiyi Original

26 Mei 2022

Komedi ringan ini berkisar tentang cabaran yang dihadapi oleh Jasper, seorang pemuda dengan cita-cita untuk menjadi bintang rock yang terpaksa melupakan kerjaya idamannya untuk menyara ibunya  dengan bekerja di pejabat korporat. Jasper terpaksa berdepan dengan huru-hara yang tercetus oleh telatah gila-gila di pejabat, kisah cinta dan kemelut politik di tempat kerja. Namun, dalam hati kecilnya, dia masih idamkan kehidupan di atas pentas.

Blueming

31 Mac

Siwon Cha, seorang pemuda yang sering dicemuh kerana kelihatan hodoh semasa kanak-kanak nekad untuk mengubah penampilannya. Semakin dewasa, dia telah menukar penampilannya dan menjadi lebih popular. Dia berhasrat untuk mendapat perhatian ramai ke mana sahaja dia pergi. Namun begitu, di universiti, dia bertemu dengan seorang lagi “Raja Populariti”, Daun Hyeong, seorang pemuda yang mempunyai segalanya –  rupa menawan, personaliti menarik, keluarga berada dan pintar dalam pelajaran. Drama ini diarahkan dan ditulis oleh Hwang Da Seul, yang terkenal dengan filem Korea, Where Your Eyes Linger.

The Murderer’s Shopping List

21 April

Sertai Lee Kwang Soo (Ahn Dae-sung) dan Kim Seol-hyun (Do Ah-hee) dalam penyiasatan mereka untuk memberkas pembunuh seorang mangsa yang dijumpai berhampiran pangsapuri Kim.

Shooting Stars

23 April

Ikuti kisah cinta di antara Lee Sung-kyung (Weightlifting Fairy Kim Bok-joo) dan Kim Young-Dae (Penthouse) dalam perhubungan mereka yang menimbulkan rasa cinta dan benci. Pasangan ini terdiri daripada seorang idola yang terkenal dan seorang lagi merupakan ketua agensi pengurusan.

Be My Princess

iQiyi Exclusive

Distrim sekarang!

Pelakon dan pemenang anugerah yang tampan, Mu Yanzhou (Xu Zhengxi, Loving the Earth) tersedar dengan cebisan memori berikutan satu kemalangan. Mu percaya bahawa dia merupakan seorang pegawai istana dari zaman Cina kuno dan Ming Wei (Zhou Jieqiong, Sunny Sister) merupakan “puterinya”. Walaupun yang demikian, cinta mereka masih berputik dalam kekecohan tradisi lama yang bercampur dengan kehidupan moden.

Life is a Long Quiet River

Distrim sekarang!

Ikuti kisah Shanghai di masa silam yang diceritakan dari sudut pandangan dua orang adik-beradik ipar – Feng Xiaoqin dan Ge Qingyu yang terpaksa melupakan perbezaan di antara mereka dan bekerjasama untuk mengatasi kerumitan dalam kehidupan harian.

Brilliant Class 8

1 Apr

Seorang bekas selebriti popular Xiang Dongnan dengan tiba-tiba ditimpa nasib malang apabila dia terbabit dalam khabar angin buruk dan ditipu oleh pembantunya serta pengetua sekolah menengah untuk menjadi seorang guru, dengan menjadikan program realiti palsu sebagai alasan untuk membersihkan nama baiknya. Walaupun akhirnya dia menyedari akan tipu helah yang terjadi dan dia tidak mungkin dapat membuat penampilan kembali atau “comeback” yang diinginkan, dia masih meneruskan kerjanya untuk memenuhi tuntutan kontrak dan mengajar para pelajarnya dengan tekun. Di sana, dia menyaksikan kemajuan para pelajarnya dalam pelajaran apabila dia membantu mereka mengatasi cabaran yang tiba. Tanpa disangka, dia juga menemui cinta dalam proses tersebut.

My Sassy Princess

Akan Datang!

Ikuti kisah cinta Puteri Chang Le yang manja, Liu Ling dan pendekar Chen Yan apabila mereka ditemukan oleh takdir.

Love in a Loop

Akan Datang!

Drama unik ini mendedahkan kebenaran di sebalik kematian berulang kali diatas seorang majikan (Bai Zhen Xiang) yang disebabkan kebencian pekerja-pekerjanya. Untuk membebaskan diri dari kitaran masa ini, seorang pekerja ( Li Lu Dou) perlu mengubah sikap majikan tersebut.

The Rising of the Shield Hero Season 1

 Distrim sekarang

Naofumi Iwatani telah diseru ke sebuah alam lain apabila dia menyedari yang dia merupakan salah seorang daripada wira empat serangkai. Dilengkapi senjata-senjata legenda bagi menyelamatkan dunia, dia terpaksa bangkit untuk menjadi Shield Hero!

Kuroko’s Basketball Season 1 -3

1April

Kuroko bertemu semula dengan “Generation of Miracles” apabila bekas seteru mereka dikalahkan dalam permainan pertunjukan melawan sebuah pasukan bola keranjang jalanan yang terkenal.

Haven’t You Heard? I’m Sakamoto

1April

Sakamoto adalah seorang genius yang disenangi oleh para pelajar lelaki dan perempuan. Walaupun selalu berdepan dengan situasi yang pelik-pelik, dia dapat mengatasi apa jua cabaran dengan cemerlang sekali. Ini menjadikannya seorang pelajar sekolah menengah tahun pertama yang paling cool!

Love. Chunibyo and Other Delusions!

1April

Siri ini mengikuti kehidupan seorang pelajar sekolah menengah, Yūta Togashi, yang cuba untuk menghilangkan sindrom chūnibyō  (khayalan kemegahan) yang memalukan, sehingga dia bertemu dengan seorang gadis, Rikka Takanashi, yang turut mempunyai tanda-tanda sindromnya yang tersendiri.

Love. Chunibyo and Other Delusions – Heartthrob

1April

Yuta Togashi telah membuat penukaran ke sebuah sekolah menengah baharu untuk melarikan diri daripada perasaan malu yang timbul apabila dia tersalah sangka yang dirinya mempunyai kuasa luar biasa. Dia nekad untuk membebaskan diri daripada orang-orang yang mengetahui tentang masa silamnya.

Maid Sama!

1April

Seika High, sebuah sekolah lelaki yang terkenal dengan pelajar-pelajar nakal, telah ditukar menjadi sekolah campuran. Walaupun beberapa tahun telah berlalu, bilangan pelajar perempuan masih sedikit. Ini tidak menjadi halangan kepada Misaki Ayuzawa, Presiden Persatuan Pelajar, yang berusaha untuk menjadikan sekolah ini sebuah tempat yang lebih baik untuk pelajar-pelajar perempuan.

My Hero Academia: World Heroes’ Mission Movie

Wira-wira Jepun yang paling hebat harus bekerjasama untuk mencari dalang di sebalik serangan senjata kimia yang membawa maut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Blue | 20

Jom Cipta Detik Indah Raya Bersama dengan Siri Samsung Galaxy S22!

Raffa Affar

Fenomena Luar Biasa! Single Sulung Raffa Affar CINTA SAMPAI MATI Viral Di Tik Tok