in , ,

Jom Cipta Detik Indah Raya Bersama dengan Siri Samsung Galaxy S22!

Terdapat banyak detik untuk dihargai pada Hari Raya ini, jadi mengapa tidak menjadikannya bermakna dengan mengabadikan kenangan Hari Raya Aidilfitri anda dengan Siri Galaxy S22 terbaru?

Sama ada anda mengambil gambar suasana huru-hara pada pagi Raya atau setiap butiran bunga api pada waktu malam; peranti ini mampu menjadikan setiap detik anda hebat.

Sebagai permulaan, peranti ini membawakan pengalaman kamera yang dinamik dan serba boleh; memberikan hasil yang memuaskan kepada gambar dan video anda. Siri Galaxy S22 menawarkan ciri Nightography revolusioner dengan sensor Adaptive Pixel, bersama-sama dengan lensa bersalut nano anti-reflektif yang direka untuk menangkap warna dan mencerahkan gambar dengan menangkap lebih banyak cahaya ke dalam bingkai; membuat tangkapan anda kelihatan menakjubkan – walaupun dalam cahaya malap.

Raya Moments_KV

Anda juga boleh merakam detik istimewa perayaan dengan mudah – ciri Auto Framing boleh mengesan dan menjejaki seramai 10 orang dan melaraskan fokus kamera secara automatik, membolehkan kamera anda menangkap ekspresi semua orang dengan jelas. 

Anda juga tidak perlu risau tentang hasil tangkapan yang kabur berkat sudut pembetulan OIS yang dipertingkatkan dan teknologi VDIS yang akan menstabilkan tangkapan anda. Selain itu, kanta Super Clear Glass termaju S22 Ultra membantu anda merakam pada waktu malam dengan lebih lancar dan jelas tanpa suar.

Siri Galaxy S22 juga dilengkapi dengan ciri Single Take, yang amat berguna untuk perayaan istimewa seperti sambutan Hari Raya.

Jika anda ingin merakam detik-detik yang ingin diingati selama-lamanya tanpa perlu bersusah payah memilih sudut untuk berbilang gambar dan video, dengan hanya satu ketikan butang, anda boleh mengambil berbilang gambar dan video pada satu ketika, dan kameranya yang berkuasakan AI akan mengesan apa sahaja yang ada dalam bingkai kamera. 

Anda boleh berlari, melompat dan menjadi kreatif dengan cara anda mengambil gambar dan video, dan hasilnya akan tetap kelihatan hebat kerana ciri Single Take membantu anda memilih pilihan gambar yang terbaik.

Jika Siri Galaxy S22 telah menarik perhatian anda, kami ada berita baik untuk anda! Anda boleh menjadikan Hari Raya tahun ini lebih bermakna dengan menyertai kempen Impian Raya Bersama kami yang sedang berlangsung sekarang sehingga 15 Mei 2022 – yang membawakan anda senarai hadiah bernilai sehingga RM1,200,000 untuk dimenangi dan dibawa pulang untuk orang tersayang apabila anda membeli Siri Galaxy S22 dan produk terpilih yang lain.

Jadi jangan tunggu lagi dan cuba nasib anda untuk memiliki salah satu ekosistem peranti inovatif Samsung Galaxy!

Untuk melihat produk layak dan maklumat lanjut mengenai kempen Impian Raya Bersama, sila layari http://www.samsung.com/my/offer/2022-impian-raya-bersama/mobile/

Untuk maklumat lanjut tentang peranti Siri Galaxy S22 terkini, sila lihat pautan di bawah:

• Galaxy S22 Ultra 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22-ultra/buy/ 

• Galaxy S22+/S22 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22/buy/ 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RAJA JASTINA ASTRO

Astro Terokai Arena Antarabangsa Dalam Hasilkan Drama Adaptasi 

Menangi TV 55” Prism+ Sertai Peraduan Strim & Menang Anjuran iQiyi