in ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang MEN IN BLACK: INTERNATIONAL

Filem MEN IN BLACK yang terbaharu menggunakan judul MEN IN BLACK: INTERNATIONAL bakal menemui penonton dan peminat filem ini pada 13 Jun di seluruh pawagam Malaysia.

Ura-ura dan khabar angin tentang filem reboot telah tersebar di Hollywood beberapa tahun kebelakangan sebelum ini. Ada khabar angin mengenai projek ini yang mengatakan ia melibatkan krew dari filem 21 Street Street dari tahun 2012.

MEN IN BLACK: INTERNATIONAL

Sebuah trailer rasmi telah pun disiarkan di saluran Youtube pada 21 Disember 2018 yang lalu.

Filem baru ini dijangka akan dilancarkan dengan menggunakan trilogi asal, tetapi menampilkan pelakon baru dan pengambaran di luar negara Amerika Syarikat, di mana ketiga-tiga filem sebelumnya telah pun dilancarkan.

MEN IN BLACK: INTERNATIONAL dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2019, dan Budiey ada beberapa fakta tentang filem ini.

Tajuk: MEN IN BLACK: INTERNATIONAL
Tarikh tayangan di Malaysia: 13 Jun, 2019
Pelakon: Chris Hemsworth, Tessa Thompson, Liam Neeson, Rebecca Ferguson, Emma Thompson, Kumail Nanjiani, Nasir Jama, Stephen Wight
Pengarah: F. Gary Grey
Penulis skrip: Matt Holloway & Art Marcum

MEN IN BLACK: INTERNATIONAL

Tajuk rasmi filem ini diumumkan pada bulan Disember lalu. Namun ia bukan diwar-warkan oleh studio. Ia dikatakan diumumkan semasa CCXP, sebuah konvensyen terbesar di Brazil yang mana Sony Pictures mengambil bahagian dan memaparkan tajuk MEN IN BLACK: INTERNATIONAL.

Tidak berapa lama kemudian, akaun Twitter rasmi filem ini telah menyiarkan gambar logo movie ini.

MEN IN BLACK: INTERNATIONAL

Filem ini menjalani pengambaran di beberapa lokasi berbeza termasuklah New York, Itali, Morocco dan London.

MEN IN BLACK: INTERNATIONAL

Pelakon asal MIB iaitu Will Smith dan Tommy Lee Jones tidak akan tampil dalam filem terbaru ini. Namun, penerbit asal masih dikekalkan iaitu Walter Parkers dan Laurie MacDonald bersama dengan penerbit ekskutif iaitu Steven Spielberg.

Filem ini membariskan pelakon terhebat di mana menyatukan bintang Marvel Studio iaitu Chris Hemsworth dengan bintang Thor: Ragnarok iaitu Tessa Thompson sebagai pelakon utama. Ditambah pula dengan pelakon bertaraf legenda iaitu Liam Neeson. Semasa di set pengambaran, Chris Hemsworth telah menyiarkan beberapa gambar di Instagram dan Twitter miliknya.

MEN IN BLACK: INTERNATIONAL

Hanya seorang sahaja pelakon lama kembali beraksi dalam filem ini iaitu Agent O yang dilakonkan oleh Emma Thompson yang tampil dalam filem MEN IN BLACK III. Emma Thompson memegang watak yang sama bagi mengekalkan kesinambungan antara filem ketiga dengan filem terbaru.

Sebelum pengambaran, beberapa orang pelakon diumumkan iaitu Rafe Spall, pelakon Jurassic World Fallen Kingdom, Kumail Nanjiani, penari jalanan iaitu Laurent Nicolas Bourgeois dan Larry Nicolas Bourgeois (aka Les Twins).

MEN IN BLACK: INTERNATIONAL

Columbia Pictures released the first set of domestic and international trailers for the upcoming MEN IN BLACK: INTERNATIONAL. The newest installment of the popular Men in Black franchise is scheduled to hit Malaysian cinemas June 13, 2019.

The Men in Black have always protected the Earth from the scum of the universe. In this new adventure, they tackle their biggest, most global threat to date: a mole in the Men in Black organization.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KNOCK OUT GIRL KNOCKS on Viu-wer Screens!

Lima Protégé Mara Ke Separuh Akhir MENTOR 7