in

Meet & Greet Bersama Hannah Delisha Secara Ekslusif

Ia merupakan saat-saat yang begitu menyeronokkan dan ceria buat pelanggan Celcom yang terpilih apabila mereka berpeluang bertemu dengan pelakon dan personaliti televisyen yang semakin bersinar, Hannah Delisha. Sesi bersama beliau diadakan khas untuk pelanggan yang membuat pesanan awal untuk membeli telefon Huawei Nova 2i yang hebat baru-baru ini.

Sesi beramah mesra dengan pelanggan itu diadakan sempena pelancaran telefon Huawei Nova 2i. Hannah Delisha yang dilantik sebagai duta jenama Nova 2i meluangkan masa selama tiga jam untuk bersama pelanggan yang mengambil telefon yang telah dipesan di Blue Cube Sunway Iconic, Petaling Jaya.

Pelanggan Celcom Bertemu Hannah Delisha Secara Ekslusif

Salah seorang pelanggan bertuah iaitu Adliana Izzati Ahmad, 21, yang memilih telefon Nova 2i berwarna hitam berkata, “Memang amat mengejutkan apabila pihak Celcom memberitahu saya bahawa saya akan bertemu dengan Hannah Delisha ketika saya mengambil telefon saya di Blue Cube Sunway Iconic. Saya sememangnya mengikuti siri televisyen yang dilakonkan oleh Hannah Delisha, dan sangat teruja apabila dapat bertemu beliau sendiri.”

Pelanggan yang terpilih telah berpeluang untuk berswafoto bersama Nova Superstar tersebut, dan masing-masing menerima album gambar ‘flipbook’ bersama Hannah Delisha sebagai kenangan.

Turut hadir dalam majlis tersebut Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran, Harcharan Singh, Ketua Unit Perniagaan Peranti daripada Celcom Axiata Berhad, dan Bill Liu, Pengarah, Huawei Malaysia.

Produk terbaharu dalam barisan produk kategori sederhana daripada Huwaei ini boleh dimiliki dengan mudah melalui Celcom EasyPhone™, iaitu hanya serendah RM25 bagi ansuran 24 bulan. Pelanggan prabayar juga boleh memiliki Nova 2i melalui EasyPhone™ for Prepaid, dengan ansuran serendah RM110 setiap bulan.

Ia dijual dengan harga runcit RM1,225.47. Telefon ini sangat sesuai bagi mereka yang gemar berswafoto dan mengambil video kerana ia membolehkan mereka memilik foto yang memukau dan video yang menarik dengan ciri-ciri FullView Display dan empat kamera. Pelanggan Celcom juga boleh memiliki telefon ini secara PERCUMA apabila mereka mendaftar dengan pelan pascabayar FIRST™ Platinum Plus.

Bagi maklumat lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan oleh Celcom untuk Huawei sila layari www.celcom.com.my atau www.xpax.com.my

Pelanggan Celcom Bertemu Hannah Delisha Secara Ekslusif

Pelanggan Celcom Bertemu Hannah Delisha Secara Ekslusif

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem MAGIC TO WIN Lakonan Mantap Louis Koo

Tentang Malam Gala WANITA TERINDAH Lakonan Fazura & Fattah