in

Tentang Malam Gala WANITA TERINDAH Lakonan Fazura & Fattah

Pelakon wanita popular tanah air, Nur Fazura sekali lagi digandingkan dengan ‘Hero Pujaan Malaya’ masa kini, Fattah Amin, dalam sebuah naskhah baharu dan kali ini bakal menemui peminat menerusi platform Astro First Eksklusif, November ini. ‘Wanita Terindah’ merupakan sebuah lagi karya hebat dari studio penerbitan yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air, Red Communications Production dan diarahkan oleh Joon Goh dan skrip dihasilkan oleh Rafidah Abdullah yang sebelum ini terkenal menerusi filem ‘Gol & Gincu’, ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’, ‘Pisau Cukur’ dan ‘Istanbul Aku Datang’.

Malam Gala WANITA TERINDAH

Ia berkisar mengenai Fahim (lakonan Fattah Amin), seorang jurugambar di sebuah syarikat penerbitan majalah yang memiliki perwatakan yang panas baran, kurang penyabar dan degil. Namun begitu, beliau yang merupakan seorang anak tunggal begitu akrab dan menyayangi ibunya, lakonan Liza Othman, sehingga menamakan wanita itu ‘Wanita Terakhir’-nya dan tiada wanita lain yang mungkin mampu menandingi ibunya.

Mungkin kerana begitu menghargai pengorbanan ibunya selama ini yang membesarkan beliau secara bersendirian, Fahim begitu terkesan apabila ibunya membawa pulang seorang anak istimewa dari pusat jagaan yang mana ibunya berkhidmat sebagai seorang sukarelawan. Fahim tidak dapat menerima kehadiran Fikri (lakonan Adam Mika) dan mula memberontak di awal kemunculan anak ini di rumahnya.

Namun begitu, rakan sekerja Fahim yang juga merupakan seorang wartawan, Nuryn (lakonan Nur Fazura) berjaya mengubah persepsi Fahim akan Fikri dan beliau kemudiannya mula menerima anak kecil ini.

Namun begitu, tatkala mereka mula meniti kebahagiaan sebagai sebuah keluarga, kecelakaan tiba-tiba menimpa keluarga ini dan Fahim kehilangan seorang insan tersayang. Bagaimanakah Fahim menerima ketentuan ini? Adakah beliau semakin memberontak sehingga melukakan hati mereka yang selama ini sentiasa berada di sisinya? Atau beliau redha dan menerima ini sebagai satu ujian dari Yang Maha Esa.

Saksikan kesudahan ‘Wanita Terindah’ pada November ini, hanya di Astro First Eksklusif.

Astro First Eksklusif bakal mengadakan Malam Gala & Sidang Media Wanita Terindah yang akan diadakan pada 1 November 2017 (Rabu) di salah sebuah pawagam terkemuka akan dimeriahkan dengan kehadiran tonggak utama seperti Fattah Amin, Nur Fazura, Sarah Hildebrand, Liza Othman, Adam Mika, Ridzuan Hashim dan ramai lagi di majlis ini kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meet & Greet Bersama Hannah Delisha Secara Ekslusif

Zoey Rahman Belajar Rukun Kahwin dalam Drama MAT RUKUN