in , ,

Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Laman Rasmi Siti Nurhaliza Official

Pada jam 3 petang hariJumaat (17 Mei 2013) yang lalu, penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza telah hadir di Majlis Pelancaran Laman Rasmi Siti Nurhaliza telah diadakan di Sakura Kristal, Taman Melawati dengan penuh meriah, santai dan happening sekali.

Macam-macam aktiviti disusun untuk hadirin yang terdiri dari media, sebilangan peminat dan juga pengguna produk SimplySiti yang terpilih.

Majlis ini diadakan untuk emperkenalkan laman web rasmi `Siti Nurhaliza Official’ di www.simplysiti.com.my kepada semua peminat dan juga pengguna setia SimplySiti. Banyak info menarik yang ada dalam laman sesawang ini.

Selain blog aktiviti Siti Nurhaliza, laman ini adalah untuk semua peminat mengikuti perkembangan dan juga produk SimplySiti yang ada di pasaran. Juga, anda boleh membeli produk ini secara dalam talian.

Segala info terbaru dan eksklusif mengenai Dato’ Siti Nurhaliza akan disiarkan dan dipaparkan di dalam laman ini, seperti kegiatan seni, klip-klip video eksklusif yang tidak dapat di laman web lain dan juga informasi tentang aktiviti dan kalendar beliau sepanjang tahun.

Berita baik bagi peminat Dato’ Siti Nurhaliza dan pengguna SimplySiti pula, pelbagai promosi dan pembelian secara online barangan SimplySiti kini boleh didapati di laman web rasmi ini.

Hanya dengan satu klik, anda mampu memiliki barangan dari SimplySiti dan barangan eksklusif atau cenderahati dari Siti Nurhaliza Collections.

Majlis ini telah diserikan dengan celoteh pengacara Zain Saidin serta persembahan istimewa Dato’ Siti bersama artis jemputan, Awi Rafael.

Gambar Sekitar Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official

SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media Prima Digital & Samsung Lancar Tonton di SMART TV

Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak