in , ,

Maya Karin Bakal Julang Pelakon Wanita Terbaik FFM28?

Maya Karin, merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam arena industri seni tanah air. Maya yang terkenal dengan lakonan yang mantap di setiap persembahan beliau ini mampu membuat siapa sahaja akan ‘jatuh cinta’ dan terkesan dengan lakonan dan persembahannya.

Kehebatan yang dimiliki beliau tidak dapat disangkal lagi apabila pada tahun ini Maya Karin sekali lagi tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di anugerah berprestij Festival Filem Malaysia (FFM) menerusi filem Nota dan Jwanita.

Sinopsis Filem NOTA Lakonan Hans Isaac & Maya Karin

Maya Karin tidak pernah mengecewakan para peminat semenjak beliau mula melibatkan diri dalam industri perfileman. Ternyata lakonan Maya dalam filem Nota dan Jwanita menjadi kerana telah mendapat sambutan yang hangat oleh peminatnya dan oleh kerana kehangatan dan aura yang ada pada Maya itu juga membuatkan beliau tercalon sebanyak 2 kali untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik tahun ini. Ini juga merupakan pertama kali Maya dicalonkan untuk 2 filem di dalam satu kategori.

Sebelum ini, Maya juga pernah dua kali merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik FFM melalui filem Anak Halal dan Ombak Rindu yang diarahkan oleh sutradara Osman Ali. Tahun ini juga sudah 10 kali nama Maya Karin tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia.

Kategori Pelakon Wanita Terbaik bagi tahun ini menyaksikan persaingan yang sangat hebat. Barisan artis yang turut bertanding bersama Maya dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik adalah Lisa Surihani (Suamiku Encik Perfect 10), Nadiya Nissa (Love Supermoon), dan juga Nabila Huda (Munafik).

Malam kemuncak Festival Filem Malaysia yang ke 28 bakal diadakan pada 3 September ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9.00 malam.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem SADAKO VS KAYAKO

Yasin Sulaiman Lancar Lagu MUZIK