in

Maxis Pembekal Perkongsian Aktif RAN 3F Pertama Asia Tenggara

MAXIS MENUNJUKKAN KOMITMENNYA DALAM MEMPERTINGKATKAN SEKTOR TELEKOMUNIKASI MALAYSIA DENGAN MENJADI PEMBEKAL PEMBORONG TERPILIH UNTUK PERKHIDMATAN 2G DAN 3G

• Maxis menyediakan perkhidmatan perkongsian aktif rangkaian akses radio (RAN) 3G kepada U Mobile – perkongsian aktif RAN 3G yang pertama di Asia Tenggara – memastikan keberkesanan yang lebih dalam penyediaan perkhidmatan
• Maxis kini “selangkah ke hadapan” daripada Pengendali Rangkaian lain dalam perkongsian infrastruktur dan sentiasa terbuka untuk menjalinkan perkongsian dengan pemain industri yang lain
• Maxis menyahut seruan Kerajaan untuk mengelakkan duplikasi infrastruktur dan bekerjasama dalam perkongsian rangkaian dengan pemain industri yang lain

Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, sukacita untuk menjadi pembekal pemborong terpilih untuk akses infrastruktur rangkaian 2G dan 3G kepada pasaran. Sebagai salah satu daripada sorotan penting untuk inisiatif rangkaian perkongsian, Maxis kini menyediakan akses perkongsian aktif rangkaian akses radio (RAN) 3G kepada lebih daripada 1,300 kawasan untuk U Mobile di bawah perjanjian yang memberi manfaat bersama bernilai berbilion ringgit untuk kedua-dua syarikat, dan memastikan kecekapan dalam penyediaan perkhidmatan. Ini menunjukkan komitmen berterusan Maxis kepada Kerajaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk kerjasama yang lebih baik dalam rangkaian perkongsian di kalangan pemain industri.

Mark Dioguardi, Ketua Pegawai Operasi Bersama, Maxis Berhad berkata, “Salah satu strategi utama kami adalah untuk memaksimumkan pulangan ke atas aset rangkaian kami, terutamanya di bidang rangkaian yang kurang digunakan. Dengan berbuat demikian, kami mewujudkan ekonomi berskala, mengurangkan kos untuk berkhidmat dan hasilnya boleh memberi nilai tambahan kepada kedua-dua pelanggan Maxis dan pemegang saham kami. Ia adalah baik untuk alam sekitar dan juga untuk imbangan perdagangan. Secara keseluruhan, ia adalah baik untuk perniagaan.”

Maxis memahami bahawa keterkaitan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pertumbuhan dan pembangunan negara dan dengan bekerjasama dengan Pembekal Perkhidmatan yang lain, kami dapat memastikan bahawa Rangkaian Unggul kami boleh diakses oleh lebih ramai pelanggan.

“Kami yakin bahawa U Mobile akan mendapat manfaat daripada liputan berkualiti tinggi dan meluas dari rangkaian berkelajuan tinggi dan terluas dalam negara dari Maxis. Kami sentiasa terbuka kepada sebarang bentuk perkongsian infrastruktur dan jika kapasiti simpanan kami boleh digunakan oleh pemain baru, is saling menguntungkan untuk kami menjual kapasiti itu bagi mengelakkan lebih banyak duplikasi. Kami menyediakan rangkaian yang terbaik dengan menggunakan jurutera-jurutera yang terbaik di negara ini dan mempunyai pengetahuan rangkaian yang mendalam,” tambah Mark.

Maxis Pembekal Perkongsian Aktif RAN 3F Pertama Asia Tenggara

Jaffa Sany Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile berkata, “Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Maxis di bawah perjanjian unik ini kerana ia membolehkan kami untuk memperluaskan kawasan liputan rangkaian fizikal sebanyak 4 hingga 5 kali ganda, dalam masa yang singkat. Melalui perkongsian ini, kami merealisasikan strategi perniagaan kami dengan terus memperluaskan rangkaian kami, dan pada masa yang sama, Syarikat akan menikmati penjimatan besar ke atas kos operasi dan perbelanjaan. Kami juga menjangka untuk mengembangkan asas pelanggan kami terutamanya apabila lebih lagi pelanggan di Semenanjung Malaysia memahami nilai U Mobile tawarkan melalui pakej dan perkhidmatan yang inovatif dan mampu milik.”

Manfaat perkongsian rangkaian RAN Maxis dan U Mobile – yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara – akan diperluaskan lagi ke lokasi di luar pasaran pusat bandar di mana U Mobile komited untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih berkelajuan tinggi. Perjanjian perkongsian rangkaian ini juga termasuk Maxis menyediakan perkhidmatan Perantauan 2G ke seluruh negara bagi memastikan perkhidmatan lancar untuk pelanggan U Mobile.

Dalam perkembangan terbaru yang berkaitan, Maxis telah memeterai perjanjian pekongsian infrastruktur dan spektrum dengan REDTone International yang membolehkan kedua-dua pihak mempercepatkan pelancaran rangkaian 4G berkelajuan tinggi masing-masing ke seluruh negara. Ini akan memberi pelanggan peluang untuk mengakses jalur lebar 4G berkelajuan paling tinggi di negara ini – sehingga 150 Mbps, dengan teknologi terbaru 4G LTE melalui gabungan spektrum.

“Pengendali mudah alih di seluruh dunia sedang mencari keberkesanan kos untuk seluruh industri. Dalam pasaran yang matang seperti Malaysia, infrastruktur, spektrum dan perkongsian RAN boleh mengurangkan perbelanjaan modal (capital expenditure – CAPEX) dan perbelanjaan operasi (operational expenditure – OPEX), serta meningkatkan kelajuan pelancaran rangkaian, meningkatkan liputan dan lebih penting, memenuhi permintaan data dan kapasiti suara yang semakin meningkat sambil membolehkan pengendali untuk membezakan perkhidmatan. Perkongsian bererti bekerja dengan lebih bijak sebagai satu industri dan berbelanja untuk perkara yang penting. Kami bukan hanya bercakap mengenai perkara ini, malah telah lama melakukannya pada skala yang besar,” kata Mark.

Maxis adalah pelabur rangkaian wayarles terbesar di negara ini dengan pelaburan dalam capex sebanyak RM3.7 bilion sejak tiga tahun yang lalu. Kini, Maxis memberi perkhidmatan kepada lebih 95% penduduk dengan rangkaian 2G, manakala rangkaian 3G berkelajuan tinggi meliputi 81% penduduk. 3,400 daripada 5,200 tapak 3G Maxis juga kini mempunyai keupayaan 42Mbps dan bersedia untuk pengaktifan 4G LTE.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jemputan Majlis Sepetang Santai Safi Balqis Shila Amzah

Aznil Nawawi & Aril Jadi Pengacara Program Superstar Astro