in ,

Aznil Nawawi & Aril Jadi Pengacara Program Superstar Astro

Tidak mahu ketinggalan dalam menyokong pembangunan industri seni tarian yang semakin rancak membangun, Astro menerusi saluran Astro Ceria bakal membawakan sebuah program realiti baru kanak-kanak yang berunsurkan pertandingan tarian iaitu SUPERSTAR.

Program SUPERSTAR ini diterbitkan untuk mecungkil bakat seni tari kanak-kanak secara berkumpulan. Budiey dengar khabarnya, pihak produksi Astro juga sudah pun menjelajah ke sebanyak lima buah negeri sekitar Malaysia untuk sesi ujibakat bagi mengenal pasti 8 peserta berkumpulan berbakat yang benar-benar layak untuk menyertai program yang buat julung kali diadakan ini.

Dihoskan bersama oleh gandingan pengacara popular yang cukup dikenali iaitu Aznil Haji Hawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil serta bintang yang telah dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia terbitan Astro Ria iaitu Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril. Program SUPERSTAR ini bakal bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 11.00 pagi bermula 11 November 2012 di saluran Astro Ceria (611).

Satu majlis sidang media Superstar akan diadakan tak lama lagi bagi mengumumkan tentanng format dan peserta program ini.

Aznil Nawawi

Aznil Nawawi

Aril AF

Aril

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Pembekal Perkongsian Aktif RAN 3F Pertama Asia Tenggara

2013 Program Terbaru NTV7 Lebih Menarik