in ,

Peraduan Jemputan Majlis Sepetang Santai Safi Balqis Shila Amzah

Salam semua,

Anda peminat setia penyanyi Shila Amzah? Anda #Shilalas? Anda mahu bertemu dengan Shila Amzah? Oowww, ini mungkin antara peluang baik untuk anda bertemu dan beramah mesra bersama juara Asian Wave 2012 ini.

Budiey mahu menjemput dua orang pembaca ke Majlis Sepetang Santai Safi Balqis bersama Shila Amzah. Pasti ramai peminat Shila Amzah mahu hadir, tapi Budiey hanya ada 2 tempat duduk eksklusif sahaja dan perlu putuskan melalui satu peraduan.

Untuk info pembaca, Majlis Sepetang Santai Safi Balqis bersama Shila Amzah bakal berlangsung pada 6 November 2012 (Selasa) di sebuah lokasi yang terletak di Bangsar jam 2 petang.

Jika anda mahu, apa kata join peraduan ini.

BAGAIMANA CARANYA?

Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad

Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan berdasarkan gambar Shila Amzah di atas:

Saya idamkan kulit cantik seperti Shila Amzah kerana… (tidak lebih dari 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

4 November 2012

Tajuk Email: Peraduan Jemputan Majlis Sepetang Santai Safi Balqis Shila Amzah

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  5. Keputusan juri adalah muktamad.
  6. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kad Jemputan Majlis Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle

Maxis Pembekal Perkongsian Aktif RAN 3F Pertama Asia Tenggara