in

Trump Dakwa Dirinya Kebal Dari Covid-19

Nampaknya apa sahaja kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai wabak maut Covid-19 pasti menarik perhatian dunia.

Terbaru Trump yang pernah dijangkiti dan baru sahaja pulih mendakwa dirinya kini kebal daripada COVID-19 .

Dia berkata demikian selepas kembali berkempen susulan disahkan pulih oleh doktor di White House kepada Fox News dalam satu wawancara ‘Sunday Morning Futures’.

“Saya seperti kebal (COVID-19), saya tidak tahu, mungkin untuk jangka masa yang lama atau sebaliknya, mungkin untuk seumur hidup, tiada siapa yang tahu, tetapi saya kebal.

“Anda memiliki seorang Presiden yang kebal . Jadi kini anda ada seorang Presiden yang tidak perlu menyorok di bawah tanah seperti dilakukan pesaingnya,”

– Trump
Trump

Twitter sekat perkongsian Trump, dikatakan mengelirukan

Malah Trump turut memuat naik kenyataan yang berbunyi hampir serupa di laman Twitter miliknya, namun Twitter menyekat status tersebut yang dilihat tidak tepat dan bercanggah dengan maklumat Covid-19.

Secara asasnya walaupun seseorang yang diserang COVID-19 akan mempunyai antibodi bagi menentang jangkitan baharu virus itu.

Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi amaran mengingatkan bahawa tiada data mencukupi mengenai berapa banyak antibodi yang diperlukan, sejauh mana atau berapa lama ia boleh melindungi seseorang daripada virus itu.

Trump

Trump sebelum ini mendakwa Biden kemungkinan tidak sihat dalam satu temubual di panggilan telefon.

“Jika anda lihat Joe (Biden), semalam beliau batuk dengan teruk sekali dan memakai topeng pelitup kerana beliau batuk.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kerana (dakwaan Biden tidak sihat) tidak mendapat banyak liputan,” katanya.

– Trump

Sebelum ini pasukan kempen dari parti Demokrat kerap menyiarkan mengenai keputusan ujian saringan calonnya selepas Trump disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital selama tiga hari, sekali gus menyebabkannya ketinggalan dalam kempen pilihan raya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Paling Awal Siar Iklan iPhone 12 & Betullah Tiada Pengecas Dalam Kotak

PKPB Dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya Bermula 14 Oktober