in , ,

Dafi Rela Dimarahi Jika Ada Tak Puas Hati dengan Kepimpinan Bapa

Selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri baru Malaysia baru-baru ini, anaknya, Dafi semestinya turut menjadi perhatian ramai.

Selepas bapanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9, penyanyi Dafi berharap bapanya melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Kata Dafi lagi, dia tidak mahu melihat rakyat dalam keadaan tertekan dan tidak kisah jika orang ramai luahkan kemarahan kepadanya jika tidak puas hati dengan kepimpinan bapanya.

Dafi Rela Dimarahi Jika Ada Tak Puas Hati Dengan Kepimpinan Bapa

“Saya diamkan sahaja. Kalau mereka (rakyat) rasa dengan menyalurkan rasa marah dan kecewa mereka kepada saya boleh buat perasaan itu hilang, silakan. Saya cuma tak nak orang stres sahaja.

“Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Begitulah sebab saya tak boleh halang apa orang nak buat dan saya mahu semua orang kekal positif,”

– Dafi

Menurut Dafi dia mengakui sudah menerima pelbagai kritikan sejak bapanya menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi dan sudah biasa dengan perkara tersebut.

Dalm pada itu, Dafi mengatakan dia sangat bertuah kerana ada seseorang yang dekat dengannya boleh memberi teladan yang baik kepadanya iaitu bapanya.

Dafi Rela Dimarahi Jika Ada Tak Puas Hati Dengan Kepimpinan Bapa

“Dia sentiasa seorang bapa yang baik. Saya beruntung kepada saya ada contoh di depan mata yang boleh beri saya bukti bahawa kalau kita kerja keras dan buat benda yang kita suka dengan baik dan tidak berputus asa, Insya Allah ada hasilnya.

“Harapan saya sama sahaja dengan semua rakyat negara ini iaitu nak beliau buat yang terbaik supaya rakyat semua bahagia. Saya doakan yang berbaik dan sokong dari belakang,”

– Dafi

Sedar mengenai tanggungjawab yang berat itu, Dafi berharap agar bapanya melakukan yang terbaik buat negara ini selain akan sentiasa menyokong daripada belakang dan mendoakan setiap daripada perjalanannya.

Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawar Rashid | 23

Mawar Rashid Sebak Suami Terbuka Hati Keluar 3 Hari Belajar Agama dengan Ustaz Ebit

Caprice | 24

Caprice Dibawa Ke Hospital Di Jordan Akibat Diserang Panic Attack