in ,

Mawar Rashid Kini Berhijab Setelah Mengikuti Kelas Agama di Kelantan

Saban tahun, ada sahaja artis yang mengumumkan penghijrahan mereka. Sempena Awal Muharram ini juga, seorang selebriti terkenal iaitu Mawar Rashid telah mengambil peluang untuk berhijab. Baru-baru ini, finalis Dewi Remaja sesi 2014/2015 itu telah menjelaskan asbab dia memilih ‘jalan baru’ tersebut.

Dua bulan mengikuti kelas agama di Kelantan, Mawar Rashid akhirnya beroleh kekuatan untuk kekal berhijab sejak Khamis lalu, iaitu ketika umat Islam menyambut Maal Hijrah. Sejak Ramadan lalu, Mawar mula membiasakan diri bertudung, namun, ketika itu, hatinya masih berbolak-balik dan belum bersedia.

Menceritakan pengalaman dilalui, Mawar yang mengumumkan dirinya berhijab melalui entri di Instagram (IG) memberitahu, keputusan yang dibuat pada tahun baharu kalendar Islam itu, cukup simbolik dan bermakna.

Mawar Rashid
Mawar Rashid Kini Berhijab Setelah Mengikuti Kelas Agama di Kelantan

“Hendak dijadikan cerita, Allah lorongkan saya menyertai kelas agama. Setiap bulan saya pulang ke Kelantan untuk menimba ilmu agama. Saya belajar dengan salah seorang guru di sana.

– Mawar Rashid

Mawar memulakan episod baharu dalam hidup dengan berhijab pada hari umat Islam meraikan Maal Hijrah, Khamis lalu. Foto IG Mawar Rashid

“Sekembalinya ke Kuala Lumpur pada 17 Ogos lalu, tanpa berfikir panjang, saya mencapai tudung dan memakainya. Alhamdulillah, pada sambutan Maal Hijrah (Khamis lalu), saya berniat betul-betul untuk terus istiqamah bertudung,”

– Mawar Rashid

Mawar atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, dengan pengumuman itu, bermulalah pengembaraan baharu dalam hidupnya.

“Keputusan ini bagai episod permulaan di mana saya memulakan kembara baharu sebagai manusia biasa yang tidak pernah sempurna.

“Saya juga mahu mendapatkan keredaan Allah. Saya cintakan Allah dan Rasulullah SAW. Niat menutup aurat sudah lama… Impian saya hendak menjadi muslimah sejati.

“Namun, saya sedar terlalu banyak kekurangan dan kelemahan diri selama ini… Saya terlalu hina di mata-Nya,” 

– Mawar Rashid
Mawar Rashid
Mawar Rashid Kini Berhijab Setelah Mengikuti Kelas Agama di Kelantan

Menceritakan penghijrahannya itu, Mawar mengaku menangis setiap kali bersolat.

“Saya menangis kerana Allah sudah beri terlalu banyak nikmat dalam hidup. Namun, saya masih tidak menutup aurat dan beri pelbagai alasan,” katanya.

– Mawar Rashid

Tambah Mawar, suami, Raf Yaakob dan keluarga cukup bahagia dengan keputusan dibuat.

“Raf tidak memaksa saya dalam soal bertudung. Cuma, dia selalu beri ‘hint’. Namun, saya tidak mahu keputusan ini didorong kerana paksaan atau sebab orang lain. Sebaliknya, ia datang dari dalam diri.

“Adik-beradik perempuan dan ibu semuanya bertudung. Hanya saya selama ini tidak bertudung. Jadi, hijrah ini membuatkan adik-beradik terlalu gembira,” kata ibu kepada Muhammad Raden Rafael ini.

– Mawar Rashid

Sama sama kita doakan semoga Mawar Rashid kekal istiqomah. Amin.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Tegur Penampilan Mira Filzah, Wanita Ini Tak Tahan Jadi Mangsa Buli

Graf Populariti Luqman Faiz Semakin Menurun Gara-Gara Salah Pilih Lagu?