in , ,

Selepas Tegur Penampilan Mira Filzah, Wanita Ini Tak Tahan Jadi Mangsa Buli

Sejak semalam nama Mira Filzah menjadi trending di media sosial kerana dia mengenakan pakaian tradisional kaum India. Tak pasal-pasal Mira Filzah menjadi buah mulut netizen kerana satu ciapan di Twitter ini.

Ciapan di Twitter, dari akaun pengguna bernama @eshwaaaaarya itu menulis: “Cultural appropriation queen must feel nice to profit off our culture.”

Kenyataan wanita berbangsa India ini mengambarkan seolah-olah Mira Filzah sedang mengexploitasi budaya kaum India untuk mengaut keuntungan.

Namun Mira Filzah menyangkal dakwaan ini dan berkata pemilihan pakaian ini untuk tujuan promosi produk. Mira Filzah membalas kenyataan itu dan menjelaskan dia meminati dunia Bollywood sejak kecil.

Penjelasan Mira Filzah itu mendapat pujian netizen yang menggambarkan aktres muda ini seorang yang matang menyelesaikan masalah.

Selepas Tegur Penampilan Mira Filzah, Wanita Ini Tak Tahan Jadi Mangsa Buli

Look how mature she is in solving this issue. I stan for Mira filzah.. such a beautiful girls with a kind heart

Walaupun wanita itu sudahpun memohon maaf kepada Mira Filzah atas tuduhannya, namun ia tidak terhenti di situ saja.  Wanita itu menjadi sasaran untuk dikritik malah dicaci di laman twitter.

Dalam salah satu ciapannya, wanita itu terpaksa memutuskan untuk menutup mesej (DM) kerana terlalu banyak pembuli.

“Saya akan menutup DM saya, maaf. Terlalu banyak pembuli. Jika anda ingin bertanya mengenai penguasaan budaya, sila balas di sini dan saya akan menghubungi anda suatu ketika nanti tetapi saya akan menyekat sebarang komen yang membenci,”

– @eshwaaaaarya

Mungkin wanita ini tiada niat untuk mengguriskan hati sesiapa namun kedua-duanya sudah bermaafan. Yang masih bercakaran sehingga sekarang adalah dikalangan netizen.

Mereka terus berbunyi, maki hamun, menjadi pembuli dan mengeruhkan lagi keadaan. Bawa-bawalah bertaubat ya netizen!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ella 2020 | 14

Konsert Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM Sempena Hari Kemerdekaan

Mawar Rashid Bertudung | 15

Mawar Rashid Kini Berhijab Setelah Mengikuti Kelas Agama di Kelantan