in ,

Selepas MAWAR TERBIAR, Masya Masyitah Bikin Single HALIMUNAN

Bekerjasama dengan tiga jejaka untuk single terbaru yang lebih rancak. Satu percubaan yang sangat berani dari penyanyi jelita ini. Lagu ini menguji kebolehan vokal Masya yang bersuara lantang.

Selepas tampil dengan single ‘Mawar Terbiar’ tidak lama dahulu, kini bekas juara Ceria Popstars 2014, Masya Masyitah kembali dengan lagu terbaru berjudul ‘Halimunan’.

Masih tidak lari daripada kisah cinta, Masya terus berani mempertaruhkan tema lagu yang biasanya dekat di hati peminat.

MASYA MASYITAH HALIMUNANMAWAR TER

Kali ini penyanyi wanita bersuara lantang ini bekerjasama dengan tiga orang jejaka berbakat iaitu Omar K, Blaine Bakri dan juga John Jeevasingham selaku komposer dan penulis lirik ‘Halimunan’. Genre yang dibawakan untuk lagu ini agak berlainan dari lagu Masya yang sebelumnya.

Lagu ini lebih berentak ‘pop’ yang mana dirasakan lebih bersesuaian dengan umur serta trend muzik terkini.

Masya yang juga fasih berbahasa Mandarin, sempat mengharumkan nama Malaysia dua tahun lalu selepas dinobatkan pemenang tempat kedua bagi kategori vokal sewaktu bertanding di Hong Kong International Music Festival 2016.

Kini penyanyi yang berasal dari Kulim, Kedah ini lebih yakin untuk bertapak dalam industri seni suara tempatan berbekalkan dengan lagu terbarunya ini.

MASYA MASYITAH HALIMUNAN

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

“Mungkin masih ramai lagi yang tidak berapa mengenali Masya tetapi kita di Rocketfuel percaya pada bakat yang ada pada beliau dan kita akan bersama-sama berusaha untuk terus menaikkan Masya. Masya mempunyai kekuatan dalam vokal di tambah lagi beliau fasih dalam menyanyikan lagu bahasa Mandarin sudah semestinya menjadi pakej yang terbaik. Jadi saya berharap agar pencinta muzik akan terus memberikan Masya ruang dan sokongan padu.”

Lagu ‘Halimunan’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Video lirik dan muzik lagu ‘Halimunan’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

MASYA MASYITAH HALIMUNAN

MASYA MASYITAH RETURNS WITH ‘HALIMUNAN’

Collaborates with three gentlemen for latest single

After releasing ‘Mawar Terbiar’ quite recently, the former winner of Ceria Popstars 2014, Masya Masyitah returns with her latest single called ‘Halimunan’. Still sticking to themes of love, Masya boldly continues to present a song that would be able to relate with most listeners.

This time around, the singer with the powerful voice collaborates with three talented gentlemen namely Omar K, Blaine Bakri as well as John Jeevasingham who participate as the song’s composers and lyricists.

Masya who is also fluent in Mandarin, made Malaysia proud when she won second place two years ago for the vocal category at the Hong Kong International Music Festival 2016 competition.

Now the lass from Kulim, Kedah is more confident in solidifying her presence in the local music scene with her latest effort.

According to Feros, the Music Label Head of, Rocketfuel Records,
“XXXX.

‘Halimunan’ can be downloaded on iTunes and is also available as a ringtone from all local telcos. It can also be streamed online on Raku, Spotify, Joox and Apple Music. The music video can also be viewed Rocketfuel’s Youitube Network.

Tajuk : Halimunan
Artist : Masya Masyitah
Komposer : Omar K (Rocketfuel Entertainment),
Blaine Bakri (Rocketfuel Entertainment),
John Jeevasingham (Replay Music)
Lirik : Omar K (Rocketfuel Entertainment),
Blaine Bakri (Rocketfuel Entertainment),
John Jeevasingham (Replay Music)

HALIMUNAN

Verse 1
Senyum semanis gula
Indah tiap bicara
Bagai tiada noktah
Hati rela diratah

Bagai menunggu bintang
Jatuh di tapak tangan
Hanya aku seorang
Merindu dia datang

Prechorus
Aku tak kisah tinggalkannya
Tak ingin resah, kerananya

Chorus
Halimunan
Cinta mu sekelip mata
Kau pergi begitu saja
Biar apa-apapun cerita, ku tak percaya

Halimunan
Mana kau terbang melayang
Walau kau jauh menghilang
Tetap cinta mu merasuk ke dalam jiwa

Verse 2
Apa perlu ku rasa?
Sedih atau gembira?
Mengejar bayang dia
Luar dunia nyata

Mentari kan menjelang
Terang menyuluh jalan
Tak ku pandang belakang
Kau tiada peluang

Bridge
Luka di hati ku
Makin parah kerana mu
Jangan pernah kembali
Lenyap di mataku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Semakin Ramai Beli di iTunes, ANTA PERMANA Trending #1

AirAsia Lancar Tabung Bantuan #ToIDwithLove Untuk Indonesia