in ,

Dianiaya & Dicurangi Ketika Hamil, Bekas Isteri Cliff Umar Buat Pendedahan Panas

Bekas isteri kepada penyanyi Cliff Umar, Ninie Hasbullah tampil mendedahkan bahawa dia telah dianiaya juara Gegar Vaganza 2020 (GV2020) itu ketika masih bersama dan sarat hamil suatu ketika dahulu.

Ninie atau nama sebenarnya Zurini Hasbullah membuat pendedahan tersebut menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya untuk pengetahuan pengikut media sosialnya.

Ujar Ninie, dia pada ketika itu terpaksa bekerja keras untuk menanggung anak-anaknya selepas Cliff didakwa telah menghilangkan diri bersama dengan wanita lain.

Cliff Umar

“1 Syawal menandakan hari kelahiran anak perempuan saya Mikayla Syawaluna. Saya masih ingat lagi setiap tahun saya mesti bekerja keras hingga ke Ramadan terakhir untuk menyara diri dan anak-anak. Kebanyakan waktu, dia (Cliff Umar) akan menghilangkan diri dan takut untuk menerima panggilan telefon selepas menjalinkan hubungan bersama seorang wanita.”

Malah, tulis Ninie lagi, dia turut menjadi mangsa manipulasi Cliff apabila penyanyi itu telah menggunakan anak-anaknya untuk mendapatkan publisiti ketika menyertai rancangan realiti GV 2020.

Cliff Umar

“Dia pernah meminta saya untuk menipu jika ditemubual rancangan GV namun saya membantah dan menyekatnya daripada menghubungi saya. Tapi ia tidak menghalangnya untuk terus menggunakan kami lagi demi publisiti.” tulis Ninie lagi.

Jelas wanita itu lagi, dia kini bersuara mengenai isu tersebut kerana ingin menyedarkan suaminya itu tentang kebajikan dan tanggungjawab terhadap anak-anaknya sendiri.

Terdahulu, Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph Abdullah,38, pernah menafikan bahawa dirinya beristeri dua. Sebaliknya dia mengaku bahawa mempunyai seorang bekas isteri namun masih berhubungan baik.

Hasll perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lima Syarikat Teknologi Popular Yang Berpangkalan di Israel

Masih Menjalani Kuarantin, Nabila Huda Masih Tiada Deria Bau & Rasa