in , ,

Istana Budaya Lancar Senarai Program Menarik Untuk Tahun 2023

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Istana Budaya hari ini telah melancarkan Program 2023 yang dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Yusri Bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), MOTAC sebagai wakil kepada YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Beliau di dalam ucapannya menyatakan MOTAC bukan sahaja menekankan kegiatan pelancongan, malah memberi fokus yang sama terhadap kegiatan kesenian dan kebudayaan yang juga secara tidak langsung merupakan khazanah penting kepada negara. Kementerian ini akan terus mengekalkan keunikan dan keistimewaan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, seni dan warisan. 

Istana Budaya pada tahun ini akan membuka tirai dengan program pementasan Konsert DiRaja, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini diikuti dengan Konsert Sanam Band, Tayangan Filem Cereka “IMAM”, Konsert Klasik Menampilkan Pemain Solo Itali Domenico Nordio, Teater Tradisional Mak Yong (Anak Raja Gondang) dan Flourishes ’23: Seri Puteri Symphonic Winds Royal Concert

Istana Budaya Lancar Senarai Program Untuk Tahun 2023

Dalam majlis yang sama, Istana Budaya turut melancarkan kempen Gerak yang bertujuan untuk menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap kesenian negara. Pada tahun ini, Istana Budaya akan membawa persembahan-persembahan istimewa yang berkonsepkan program jelajah ke serata tanah air.

Pelbagai program menarik akan dipersembahkan di beberapa lokasi luar yang strategik agar para peminat dapat merasai pengalaman seni pentas yang sebenar. Antara program yang telah disusun untuk kempen Gerak ini adalah Program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia: Sounds of Malaysia, Siri Jelajah IB Sulur Nakasari, NSO Lambang Sari Series 2023, IB In The Park, Konsert Mega Kembara Muzik Tradisional dan Echoes of Bronze, ASEAN

Istana Budaya Lancar Senarai Program Untuk Tahun 2023

Pada tahun 2022, sebanyak 15 buah program dan 39 pementasan telah dipertontonkan dengan jayanya kepada khalayak. Jumlah keseluruhan penonton adalah seramai 29,405 dengan hasil kutipan jualan tiket sebanyak RM6.144 juta. Manakala, bagi nilai publisiti Istana Budaya pula telah berjaya mencecah sebanyak RM52 juta. 

Sebelum ini, Istana Budaya telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa menerusi penglibatan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dan Artistana dalam beberapa program kesenian dan kebudayaan yang diadakan di negara-negara luar seperti Korea, India dan Viet Nam.

Istana Budaya Lancar Senarai Program Untuk Tahun 2023

Antara pencapaian yang diraih adalah penerbitan video muzik Asia Traditional Orchestra (ATO) di Gwangju, Korea, Festival Muzik ASEAN- India di New Delhi, India dan Festival Muzik ASEAN-Viet Nam di Hoi An, Viet Nam. Malaysia turut menerima pengiktirafan daripada Persatuan Pemuzik Viet Nam sebagai “The Excellent Orchestra Malaysia Ghazal Istana Budaya” dan “Merit of Authentic Tradition for Malaysia Ghazal Istana Budaya”. 

Istana Budaya Lancar Senarai Program Untuk Tahun 2023

Sementara itu, YBrs. Puan Zubaidah Mukhtar, Ketua Pengarah Istana Budaya berkata, Istana Budaya akan dilihat sebagai seni persembahan pentas yang bergerak secara proaktif dan inovatif dalam mencerminkan budaya dan seni tempatan kepada orang ramai. Istana Budaya juga akan terus konsisten dan bersungguh-sungguh membawa pementasan berkualiti di samping meningkatkan tahap kecintaan masyarakat terhadap seni dan budaya. 

Istana Budaya Lancar Senarai Program Untuk Tahun 2023

“Tahun 2023 ini diharap dapat mempergiatkan lagi pembangunan kecemerlangan artistik dalam seni persembahan pentas dengan mengadakan pelbagai corak persembahan selaras mengikut kehendak semasa, dalam dan luar negara. Setiap program yang dirancang secara teliti sepanjang tahun ini dilihat akan memberi impak kepada kepelbagaian budaya di Malaysia dengan menerapkan konsep Malaysia Madani,” tambah YBrs. Puan Zubaidah Mukhtar. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marsha Milan & Hazama Bergabung Dalam Single Terbaharu ILUSI

A Quiet Place di Bukit Bintang Perkenal Konsep Terbaharu Untuk Berkaraoke