in , ,

Hazama Bekerjasama Dengan Ajai  Untuk Single RASA TAK MENIPU

Hazama kembali lagi dengan single terbaru yang bertajuk ‘Rasa Tak Menipu’. Lagu baharu ini ditulis oleh komposer dan penulis lirik tersohor, Ajai, dan merupakan usahasama antara Wake The Baby Records dan ISK.MUSIK.

‘Rasa Tak Menipu’ berkisar tentang kisah keperihan dan konflik dalam diri yang dihadapi oleh seseorang dalam dunia percintaan.

“Kita semua pernah melaluinya, dan faham sangat perasaan tentang kehilangan itu,” terang Ajai. “Lagu ini adalah tentang konflik dalaman yang kita rasa apabila seseorang yang kita cintai berlalu pergi secara mengejut. Kita tak dapat menerima hakikat itu, dan menderita kerananya.”

Hazama Bekerjasama Dengan Ajai  Untuk Single RASA TAK MENIPU

“Selepas melalui fasa pendemik, saya rasa terpanggil untuk mengetengahkan isu kesihatan mental kerana ianya sangat bahaya. Saya amat terkejut apabila mengetahui terdapat pelbagai jenis gangguan mental dan saya juga rasa orang ramai perlu ambil tahu dan kita semua perlu mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang apa yang menyebabkan berlakunya gangguan ini dikalangan kita. Gangguan mental ini juga banyak yang menjadi punca kepada masalah keluarga dan rumahtangga, itulah yg kami cuba gambarkan di dalam video muzik ini,” tambah Hazama.

‘Rasa Tak Menipu’ juga merupakan lagu tema untuk drama ‘Epilog 3 Naga’ yang akan mula disiarkan melalui Awesome TV (Astro Channel 123HD) dari 8 Julai hingga 10 Ogos 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.

‘Epilog 3 Naga’ juga akan menyaksikan Hazama kembali ke dunia lakonan sebagai  Khalid, bersama-sama Che Puan Juliana Evans dan Syarul Ezani.

Anda boleh mendengarkan ‘Rasa Tak Menipu’ melalui semua platform strim digital termasuk Spotify, Joox dan Apple Music. Video muzik untuk lagu ini juga boleh ditonton melalui saluran YouTube Universal Music Malaysia. 

Lirik Rasa Tak Menipu

Penyanyi : Hazama

Daun Daun Yang Telah Berguguran,

Musim Saling Bertukar Cuaca,

Ranting Cinta,

Masih Teguh Berdiri,

Selautan Gelora Menimpa Diri Ini,

Biar Badai Melanda, Kuteguh Berdiri,

Begitu Besar Gerhana Cintamu

Chorus

Tentang Cinta Tentang Hati,

Tentang Masa, Ini Semua,

Ini Semua Terjadi Dalam Situasi Ini,

Tentang Apa, Tentang Kita,

Tentang Semua, Bertenanglah,

Itu Yang Ku Alami, Semenjak Kau Tiada,

Rasa, Rasa Ini Dihatiku,

Rasa, Rasa Ini Tak Menipu

Mengapa Kau, Pergi Jauh Dariku

Rasa, Rasa Ini Yang Menimpa

Rasa, Rasa Ini Tak Menipu

Bergitulah, Cintaku Padamu

Haaa…Haa…Haaaa

(V3)

Memang Penantian Satu Penyiksaan,

Seolah Hilang Rasa,Dalam Hati Kita,

Akan Ku Pastikan,Ia Memadai.

Lagu : Ajai (Universal Music Publishing Sdn Bhd)

Lirik : Ajai (Universal Music Publishing Sdn Bhd)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jangan Lupa Jualan Hebat HUAWEI 7.7 Julai Ini! Ya, Sangat Berbaloi!

Ezad Lazim X Amsyar Leee Nyanyikan MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR