in , ,

Fazli Zainal Lancar Single Terbaharu MANTAN YANG TERLUKA

Penyanyi berbakat besar Fazli Zainal bakal muncul dengan single terbaharu berjudul MANTAN YANG TERLUKA yang akan dilancarkan pada 10 September ini. Lagu ini hasil ciptaan Ajai dan lirik oleh Fedtri Yahya yang merupakan satu projek di bawah ISK Muzik (Inisiatif Seni Kreatif).

Perjalanan anak seni di waktu musim pandemik ini begitu terasa getirnya.  Ramai yang masih cuba bertahan dan ramai juga yang terkandas dalam menerajui kesinambungan hidup.

Musim pandemik banyak mengubah cara kita untuk terus berjuang. Begitu juga yang dialami oleh seorang penyanyi yang telah bertapak di industri ini selama hampir 16 tahun menerusi program realiti ‘Malaysian Idol’ dan lagu ‘debut’ Harapan.

Dugaan Getir Dalam Hidup

Fazli Zainal tidak pernah menduga wabak yang sangat digeruni ini, akan menduga kehidupannya.

Saya membuat ujian swab pada 25 Julai 2021 dan disahkan positif covid 19’

– FAZLI ZAINAL

Berita dan fakta ini menjadi igauan ngeri dan Fazli terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang pada 30 Julai 2021 dan disahkan bebas daripada covid19 serta telah dibenarkan pulang pada 28 Ogos 2021

Tempoh hampir sebulan menerima rawatan memberikan Fazli ruang untuk berfikir dan mencari kekuatan. Pada awalnya, Fazli pasrah dan hampir putus asa tapi sokongan keluarga, sahabat, para petugas barisan hadapan dan peminat, dia temui harapan untuk terus berjuang.

“Saya harus terus berjuang. Virus ini tidak akan menyekat hidup yang telah saya bina dan cinta saya terhadap nyanyian,”

– Fazli Zainal
FAZLI ZAINAL

Penghasilan MANTAN YANG TERLUKA

Mengumpul segala kudrat dan semangat, Fazli terpanggil untuk melahirkan lagu terbarunya pada peminat.

“Ini merupakan julung kalinya saya berkerjasama dengan Abang Ajai. Sememangnya hajat mendapatkan khidmat komposer ini telah saya tersimpan dan rezeki itu sampai jua,”

– Fazli Zainal

Lagu MANTAN YANG TERLUKA hasil ciptaan Ajai dan lirik oleh Fedtri Yahya ini merupakan satu projek di bawah ISK Muzik (Inisiatif Seni Kreatif).

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Wake The Baby Records kerana menghubungi dan menawarkan saya untuk menyertai projek istimewa ini,”

– Fazli Zainal

Rakaman lagu telah dijalankan sekitar Julai 2020 dan klip videonya pula dirakamkan pada bulan Oktober 2020, di sebuah studio di Petaling Jaya.

‘Saya memang ciptakan lagu ini khas untuk Fazli dan mengambil kira kekuatan vokal dan tone yang ada padanya.  

Kekuatan ini saya hadirkan dalam melodi lagu Mantan Yang Terluka dan Fazli menyempurnakan sesi rakaman dengan baik sekali.

Ini juga merupakan kolaborasi pertama saya dengan saudara Fedtri. Lirik beliau memang indah.’

– Ajai

Penulis liriknya, saudara Fedtri Yahya mengulas bahawa lirik ini diilhamkan daripada kisah cinta manusia.

Terluka adalah lumrah dalam cinta. 

Jangan membohongi diri andai tidak bahagia. 

Semua orang berhak menyuarakan rasa itu jika tidak mampu lagi menanggung beban luka dalam jiwa.  

“Sewaktu mendengar melodi ini yang saya terima daripada Ajai, emosi saya terbuai dan apabila mendengar hasilnya pula, gabungan melodi indah Ajai dan suara mantap Fazli membawa saya terbang dalam mood khayalan,”

– Fedtri Yahya

Fazli meluahkan nikmat syukur terhadapNya kerana masih berpeluang melahirkan single terbaru ini.  

Setelah hampir lima tahun menyepi dengan lagu baru, kini rezeki  itu datang dalam bentuk yang berlainan. Walaupun dilanda musibah Covid19, tapi Allah SWT memberikan saya rezeki lagu baru sebagai pengubat dikala saya masih berusaha melawan virus ini.

Fazli juga melahirkan rasa gembira dan teruja dapat berkerjasama dengan pihak Wake The Baby Records, ISK Muzik dan juga Universal Music Malaysia.

“Ucapan terima kasih ditujukan pada Abang Ajai selaku komposer dan penerbit lagu dan saudara Fedtri Yahya selaku penulis lirik. 

“InsyaAllah saya percaya dan berdoa lagu ini akan menjadi satu lagi hasil sentuhan emas,”

– Fazli Zainal

ISK Muzik (Inisiatif Seni Kreatif Muzik) dengan kerjasama Universal Music Malaysia (selaku pengedar digital) bakal mengedarkan lagu dan klip video rasmi ‘Mantan Yang Terluka’ ini pada 10hb September, 2021 di seluruh digital platform termasuk Youtube. 

“Ucapan terima kasih juga kepada para peminat yang tidak putus mendoakan saya.  Hanya Allah saja yang mampu membalas budi dan doa anda semua sepanjang hampir sebulan saya di wad kuarantin,”

– Fazli Zainal

Mahu Kembali Ke Pentas Anugerah Juara Lagu

Bercerita tentang harapan pada lagu Mantan Yang Terluka, Fazli memberitahu dia berharap naskah baharu itu akan diterima baik oleh peminat dan membawa dirinya kembali ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Setiap penyanyi pasti impikan untuk menjejakkan kaki ke pentas AJL. Lagu ini mempunyai potensi yang sangat besar dan saya harap dengan sentuhan Ajai mungkin akan bawa saya sekali lagi ke pentas berprestij itu,”

– Fazli Zainal

Semoga dengan terlahirnya naskah baru ini, dapat menyuntik semangat yang tinggi pada Fazli untuk terus berkarya dan kembali sembuh sepenuhnya. 

Para peminat juga diharap terus mendoakan Fazli dan menyokong naskah terbarunya, Mantan Yang Terluka.

Semoga segalanya dipermudahkan olehNYA pada kita seluruh rakyat Malaysia!

Tentang Lagu MANTAN YANG TERLUKA

Song  title : MANTAN YANG TERLUKA

Duration of song :  4.00min

Singer :  FAZLI ZAINAL

Producer :  AJAI / UNIVERSAL PUBLISHING

Composer/ Publishing :  AJAI / UNIVERSAL PUBLISHING

Lyricist/Publishing :  FEDTRI YAHYA / MUSICWERKS STUDIO

Recording  Studio :  WAKE THE BABY STUDIO

Arrangement by :  SHARON PAUL

Programming by :  SHARON PAUL

Vocal arrangement by :  AJAI

Backing vocal by :  AJAI

Musicians info :  Guitar : JOHN JEEVASINGHAM

   Keyboards : SHARON PAUL

Sound engineer by : BARD WTBR

Mixing engineer by :  ALFA BOOTY/RUMIE BOOTY (RUMIE MUSIC LAB)

Mastering engineer :  DON BARTLEY, BENCHMARKSTUDIO,  AUSTRALIA

Mastering by :  DON BARTLEY, BENCHMARKSTUDIO,  AUSTRALIA

Record label :  INISIATIF SENI KREATIF MUZIK

Release date :  10HB SEPTEMBER, 2021

Edaran :  UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA

Lirik FAZLI ZAINAL – MANTAN YANG TERLUKA

Lagu : Ajai / Universal Publishing

Lirik : Fedtri Yahya / Musicwerks Studio

Verse 1

Luka perpisahan masih ada

Luka perpisahan masih pedih

Buntu  ke mana nak ku lari 

Tiada sezarah pun simpatimu

Verse 2

Benar dendam itu angin durja

Benar dendam itu kian gila

Benar dendam itu membinasa

Tiada dayaku menghalanginya

Pejam mata dan terbayang kemungkinan akan disakiti lagi…

Tikaman kedua…

Chorus 

Maafkan aku, mantanmu yang terluka

Usah lontarkan bencimu terhadap hidupku…

Biarkan kita melepaskan semua penyesalan

Kembali ‘tuk tersenyum

Berlapang tuk berbeda

Melangkah tuk nikmati bahagia

Lupakan aku ..

(repeat Verse 2)

(repeat Chorus 2x)

Kembali ‘tuk tersenyum

Berlapang ‘tuk berbeda

Melangkah ‘tuk nikmati bahagia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemerdekaan Malaysia Disambut Meriah Oleh Peminat BoBoiBoy

Syafie Naswip Akui Terasa Hina Apabila Digelar ‘Retis’ oleh Netizen