in ,

Kemerdekaan Malaysia Disambut Meriah Oleh Peminat BoBoiBoy

Hari Kebangsaan Malaysia pada Selasa lalu diraikan bukan sahaja oleh anak Malaysia, ianya turut diraikan oleh peminat-peminat setia BoBoiBoy dari setiap pelusuk dunia melalui pertandingan mewarna #TemaMerdekaBoBoiBoy yang dianjurkan oleh Monsta secara ‘online’.

Pada 25 Ogos lepas, siri animasi terkenal BoBoiBoy telah mengadakan satu pertandingan mewarna secara ‘online’ yang bertemakan Hari Kemerdekaan Malaysia. Pertandingan yang diberi nama #TemaMerdekaMalaysia itu berjaya mendapat sambutan yang hangat dari dalam dan luar negara, dengan hampir 500 penyertaan telah diterima dalam minggu yang pertama.

Penyertaan diterima hampir setiap hari dari para peminat BoBoiBoy dari negara-negara jiran yang dekat serta jauh seperti dari Indonesia, Vietnam, Filipina, Singapura, India, Republik Yunani, Emeriah Arab Bersatu, Bangladesh dan beberapa negara lain yang mengenali siri animasi kebanggaan Malaysia itu.

01_Main Key-art PRESS RELEASE

“Hasil mewarna yang dipaparkan oleh para peserta ternyata amat membanggakan. Kami amat teruja apabila dapat melihat para peserta menggunakan peluang yang diberikan di dalam peraduan mewarna ini untuk mencipta corak samping dan tengkolok BoBoiBoy dengan pelbagai gaya yang tersendiri, sesuai dengan tema nusantara mengikut kreativiti and imaginasi masing-masing,” kata Ketua Jenama & Pemasaran Antarabangsa, Monsta, Faiz Zainal Aabidin.

03_Artworks of different Samping and Tengkolok designs

Terdapat 4 kategori disediakan bermula dari peringkat umur 4 hingga 6 tahun, 7 hingga 12 tahun, 13 hingga 17 tahun serta 18 tahun keatas. 15 pemenang bertuah pertandingan mewarna #TemaMerdekaBoBoiBoy akan mendapat set barangan eksklusif ‘BoBoiBoy Beyond 10’ dari Monsta bersempena dengan ulangtahun siri animasi BoBoiBoy yang ke-10 pada tahun 2021 ini.

02_Participants Artworks from Various Countries

Pertandingan Mewarna ‘Online’ #TemaMerdekaBoBoiBoy masih lagi berlangsung sehingga 25 September ini. Para peserta dialu-alukan untuk menghantar hasil mewarna mereka secara memuatnaik gambar tersebut menggunakan akaun media sosial Facebook, Instagram atau Twitter sendiri. Syarat penyertaan boleh disemak di akaun media sosial rasmi BoBoiBoy. Mari kita sama-sama meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021 ini dengan perasaan muhibah, tidak kira bangsa ataupun negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Masih Dalam Fasa Berkawan Baik, Zizi Kirana Tak Tolak Jodoh Dengan Yusuf Bahrin

Fazli Zainal Lancar Single Terbaharu MANTAN YANG TERLUKA