in ,

Manis FM Kini Ada Imej Baru Yang Lebih Segar Sempena 2017

Pada hari Rabu, 8 Februari 2017 lalu berlangsungnya Sidang Media Manis FM Terkini 2017 yang bertempat di Mini Auditorium MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Manis FM melalui sidang medianya memperkenalkan imej terkini Manis FM setelah membuat perubahan dari segi program dan memperkenalkan barisan penyampai penyampai Radio Manis FM bagi tahun 2017.

Manis FM adalah stesen radio Bahasa Malaysia 24 jam yang dikendalikan oleh Husa Network Sdn. Bhd. yang bersiaran secara langsung dari studio di Pusat Komersil Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Manis FM merupakan Stesen Radio Swasta Pertama di Pantai Timur yang beroperasi semenjak tahun 1999 dan dimiliki oleh syarikat pelaburan Kerajaan Negeri Terengganu iaitu Terengganu Incorporated Sdn. Bhd.

Manis Fm

Setelah melakukan penjenamaan semula pada Jun 2016, Manis FM kini telah berwajah baru dengan menampilkan imej baharu serta perubahan program yang lebih versatile, bersesuaian mengikut peredaran masa dan citarasa pendengar Pantai Timur khususnya. Mensasarkan pendengar dari peringkat umur 20 tahun hingga 45 tahun, dan tampil dengan program yang lebih ceria, interaktif dan infotainment .

Bertemakan “Gaya Pantai Timur”, keunikan Manis FM adalah satu-satunya Radio Swasta yang mempunyai konti di Pantai Timur serta kandungan program yang bercirikan tempatan dengan barisan yang kesemuanya penyampai adalah berasal dari Pantai Timur. Manis FM memutarkan lagu-lagu popular sekitar tahun 80an, 90an, 2000, antarabangsa dan terkini, di samping mengekalkan keunikan lagu-lagu tempatan negeri Pantai Timur yang sudah pasti menjadi kegemaran dan pilihan pendengar-pendengar Pantai Timur.

Manis FM bersiaran di frekuensi 102.0FM di Terengganu, 90.6FM di Kelantan dan 95.1FM di Pahang serta boleh didengari melalui radio online di www.manis.fm dan aplikasi mudah alih dengan memuat turun secara percuma di Google Play untuk Android dan di Apps Store untuk iOS. Setaraf dengan radio swasta lain, Manis FM juga mempunyai platform media sosial yang interaktif seperti instagram, FB, dan twitter di @manisfm.

Segmen perdana Manis FM, iaitu Manis Manis Pagi (6pagi – 10pagi) mengabungkan 3 anak muda yang dikenali sebagai “TIMOR RANJES” Rafly, Farid dan Ijoy Mushiro pastinya ‘havoc’ dan menggamatkan suasana pagi di Pantai Timur. Rafly & Farid merupakan penyampai yang berpengalaman dari stesen radio yang dikenali, manakala Ijoy Mushiro pula adalah penyampai berbakat baru yang telah mempunyai followers tersendiri.

Selain daripada itu, segmen perdana yang lain seperti “Manis XPress” (3ptg – 7mlm) dihoskan oleh penyampai sedia ada juga cukup dikenali di kalangan pendengar Pantai Timur iaitu Adam dengan gandingan Aishah seorang penyampai baru. Manakala segmen-segmen yang lain seperti “Manis Sokmo” dihoskan oleh Nura (10pagi – 3ptg) dan “Semanis Cinta” (8mlm – 12tgh mlm) dikendalikan oleh Memey kini semakin menjadi “favourite” dengan seleksi lagu-lagu cinta yang hits dan terkini.

Manis FM juga tidak ketinggalan dengan segmen-segmen berbentuk keagamaan dan kerohanian. Dengarkan Semanis Rohani (7mlm – 8mlm) bersama PU Faiz, Al Fadhil Ustaz Mustafa Kamal, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid dan Ustaz Syed Abd Kadir AlJoofre setiap hari. Selain daripada itu Manis FM juga memperkenalkan segmen Motivasi oleh Raja Shamri atau lebih dikenali sebagai Abang Raja yang semakin mendapat tempat di kalangan pendengar Manis FM.

Manis FM juga telah pun merancang beberapa siri jelajah seperti Kembara Busking Manis FM Pantai Timur 2017 yang telah pun berlangsung, Showcase Jelajah ‘Havoc’ Manis FM yang bakal menemui para pendengarnya di Terengganu, Kelantan dan Pahang pada April & Mei 2017. Manakala krew ‘on-ground’ Manis FM – Manis Troopers turut berlintas langsung setiap minggu di sekitar kawasan ‘hot spots’ menemui pendengar dengan cenderahati eksklusif Manis FM.

Manis FM sentiasa merancang dan melaksanakan program promosi dari masa ke semasa melalui pelbagai platform untuk terus menjadikan Manis FM Radio sebagai radio pilihan terbaik untuk pendengar di Pantai Timur.

Manis Fm

Manis Fm

Manis Fm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pencalonan 2017 KIDS’ CHOICE AWARDS

FORTEEN Kembali Demi Cinta Apa Ini Cinta