in ,

FORTEEN Kembali Demi Cinta Apa Ini Cinta

Kumpulan FORTEEN bukanlah nama yang asing di dalam industri hiburan seni tempatan. Mereka sebelum ini popular dengan lagu- lagu hits seperti lagu Berdua Bersatu, Kita, Tidak Pernah Berjumpa, Linangan Terkahir dan terakhir dengan lagu Dekat Tapi Jauh yang juga menjadi lagu tema untuk filem, drama dan telemovie. Bukan itu sahaja, ahli kumpulan ini juga giat aktif dalam bidang lakonan dan ada antaranya pecah panggung sekaligus menaikkan nama mereka.

Kini, FORTEEN kembali lagi untuk tahun 2017 bersama lagu baru hasil ciptaan sepenuhnya oleh komposer hebat Edry Abd Halim yang bertajuk ‘Apa Ini Cinta’. Menariknya tentang lagu ini, ia mengisahkan tentang perasaan seseorang yang masih lagi keliru dalam perhubungannya di mana beliau merasa ragu-ragu adakah perasaannya itu sebenarnya cinta atau hanyalah bertepuk sebelah tangan. Situasi ini sememangnya kerap berlaku dan sudah pasti semua orang pernah merasainya.

Tambahan pula, lagu ini akan menjadi lagu tema untuk drama yang bertajuk ‘Menanti Febuari’ lakonan Zul Ariffin, Fatiya Latiff & Afiq Muiz arahan Ayie Mustafa hasil terbitan Sha’s Media Sdn Bhd yang akan dimainkan di Slot Samarinda TV3 bermula pada 27 Mac 2017 nanti. Jadi, diharapkan orang ramai khususnya peminat setia FORTEEN dapat menerima lagu ini dan terus memberikan sokongan. Audio dan video lirik akan mula di muatnaik di You Tube saluran KRU Music bermula 13hb Febuari 2017 nanti.

Lagu “Apa Ini Cinta” juga boleh didengari menerusi platform “streaming” seperti You Tube, Spotify, Yonder, PSonar, Joox, Raku dan Apple Music; muat turun menerusi iTunes dan juga boleh dijadikan sebagai lagu nada dering melalui perkhidmatan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan bermula pada 13hb Febuari 2017.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Manis FM Kini Ada Imej Baru Yang Lebih Segar Sempena 2017

Senarai Nama Penuh Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017