in

Band BITTERSWEET Lancar Album BTSWT

BITTERSWEET merupakan sebuah band ‘British Pop Rock’ yang berpengaruh berasal dari Ipoh dan terbentuk dalam tahun 2004. Mereka telah berjaya menembusi pasaran muzik tempatan dengan memperkenalkan gabungan muzik ‘Pop Yeh Yeh’ dan ‘BritPop’.

Setiap kali muncul di dalam persembahan pentas, BITTERSWEET akan berketrampilan kemas dengan ko-ordinasi warna dan muzik yang kedengarannya tidak ubah seperti kumpulan-kumpulan lagenda British di antaranya Oasis, The Stone Roses dan the Beatles.

Band BITTERSWEET

Sambutan dan sokongan dari para peminat muzik tempatan telah mendorong BITTERSWEET untuk melahirkan album kedua yang berjudul ‘Empire’s Transition’ di dalam bulan Mei, 2011.

“Kalau dengar dari 1st album dan 2nd album banyak perbezaannya , dari segi arrangement , kalau tengok 1st album tu zaman kami enjoy , catchy , semua benda nak happy , semua nak rock n roll , bila masuk album terbaru ni , kami dah mula perlahan , album ni kira kami yang dah ada bini dan dah ada anak , kiranya inilah muziknya . Kami tak boleh teruskan main rock n roll macam masa kami umur 18 tahun , musically memang ada perubahan tapi originality buat yang dah dengar sejal 1st album ini mereka sendiri akan tahu , inilah Bittersweet” Jelas Herri ketika di temui semasa pelancaran dan pra dengar album terbaru mereka .

‘Perfect Match’ merupakan album pertama BITTERSWEET dan mula dipasarkan dalam tahun 2006. Album sulung mereka mendapat sambutan yang luar biasa dengan kemunculan terawal yang boleh digolongkan di dalam ‘Brit Pop Band’ di Malaysia.

Mereka bukan sahaja diminati di Malaysia malah beberapa negara jiran terutamanya di Asia turut menerima muzik yang ditampilkan oleh BITTERSWEET. Oleh yang demikian BITTERSWEET telah membuat siri persembahan pentas di Jakarta, Bandung, Singapura dan kebanyakan bandar-bandar di tanahair sendiri.

“Financial ! , daripada album pertama hingga sekarang kami keluarkan duit kami sendiri , kalau dulu duit yang kami keluarkan dalam masa 2 tahun kami akan dapat balik dengan jualan CD , berbanding sekarang jualan yang agak kurang . Tapi rasanya jarak 4 tahun bagi kami ianya biasa untuk sesebuah kumpulan . Jarak 4 tahun juga memberikan kami kualiti untuk buat lagu , bukan tangkap muat , lagipun selepas kami rilis album kami akan tour , biasa untuk sebuah album kami akan maintain tour dalam 1 -3 tahun . Dan utamanya kos yang agak tinggi untuk kami keluarkan album dalam jangkamasa 2 tahun , kami hanya independent band” 

Band kelahiran Ipoh ini yang mengekalkan ‘brit rock’ dan ‘garage pop’ sekitar 70an, 80an dan 90an kini melahirkan album ketiga mereka dengan style muzik tersendiri bersempena dengan Ulangtahun ke 12 BITTERSWEET di persada muzik tanahair dengan album yang bertajuk ‘BTSWT’.

Bittersweet

Adakan siri jelajah selepas Aidilfitri

Yang pasti, Bittersweet mempunyai misi tersendiri untuk tahun ini apalagi sudah tampil dengan material terbaru. Selain mahu memberikan penghargaan kepada peminat menerusi album itu, mereka berhajat meraih perhatian pendengar baru.

“Secara muzikal, kami ada menyuntik elemen baru bagi menyeimbangkan jenis muzik kami dengan muzik yang lebih mesra di telinga pendengar arus perdana. Itulah antara strategi kami demi memperkenalkan muzik kepada pendengar baru.

“Bagaimanapun, kami tidak pernah ada niat untuk menangkap peminat arus perdana kerana yakin pengikut Bittersweet selama 12 tahun ini masih kukuh. Jika ada peminat baru, lagi bagus, bukan?” Katanya.

Bukan sekadar mempertaruhkan album baru, rencana seni mereka akan menjadi lebih rancak lagi selepas ini. Masih aktif membuat persembahan di pelbagai festival muzik, band itu turut berhajat mengadakan siri jelajah sendiri.

“Itulah istimewanya memiliki album kerana sebuah album pun boleh bertahan dalam jangka masa dua hingga tiga tahun. Dalam tempoh berkenaan, ia masa terbaik untuk kami terus mendekati peminat.

“Kami sudah ada perancangan untuk mengadakan siri konsert jelajah selepas Aidilfitri nanti namun akan memfokuskan dalam negara saja dulu. Bagaimanapun, kami tidak menolak undangan festival luar negara lain dan sah akan beraksi di beberapa festival termasuk di Singapura dan Indonesia tidak lama lagi,” katanya.

Album yang dihasilkan oleh BITTERSWEET di bawah syarikat milik mereka sendiri iaitu History Records ini akan berada di pasaran tempatan di dalam semua platform digital mulai 1hb April 2016. Kepada peminat muzik tanahair rebutlah peluang untuk memiliki album BTSWT samada dalam bentuk cakera padat mahupun album digital edaran Warner Music Malaysia.

Ahli Kumpulan
Fizan (Vokalis)
Herri (Pemain Gitar)
Moon (Pemain Gitar)
Emai (Pemain Keyboard)
Wann (Pemain Bass)
Irfan (Pemain Drum)

Album Studio
2006 – Perfect Match
2011 – Empire’s Transition
March 2016 – BTSWT

Social Media Platform
Facebook : www.facebook.com/bittersweetbeat
Instagram : @bittersweetbeat – 7,500 “Followers”
Twitter : @bittersweetbeat – 12,000 “Followers”
Youtube : BittersweetMGMT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Malam Apresiasi Media 2016 & Anugerah K-20

Jadual Siaran Langsung Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2016