in , ,

Gaduh Dengan Netizen, Janna Nick Menangis Buat Permohanan Maaf Secara Terbuka

Pelakon Janna Nick telah membuat permohonan maaf secara terbuka gara-gara tindakan bergaduh dengan netizen sebelum ini. Permohonan maaf tersebut dibuat oleh pelakon itu menerusi satu perkongsian video di Instagram.

Korang ingat tak, awal Januari lepas kalau tak silap, nama Janna Nick dan Aidil trending di twitter gara-gara Janna membalas Tweet Aidil dengan memanggil Aidil sebagai ‘loser’. Isu ini membuatkan para netizen menyerang Janna dan mempertahankan Aidil yang dianggap sebagai mangsa keadaan.

Sebenarnya, pada mulanya, Aidil telah menperbetulkan kenyataan Janna tentang filem The Purge yang dianggap kurang tepat. Walaubagaimanapun, secara tiba-tiba Tweet itu berakhir dengan panggilan ‘loser’ dari Janna. 

Gaduh Dengan Netizen, Janna Nick Menangis Buat Permohanan Maaf Secara Terbuka

Apabila ditanya media, Janna menjelaskan bahawa ramai orang salah faham berhubung ciapan ‘Loser’ tersebut. Ia sebenarnya merujuk kepada tindakan individu tersebut memadam pandangan balas terhadap ciapannya. Isu ini mendapat perhatian gara-gara membandingkan peristiwa penyokong Presiden Donald Trump menyerbu Bangunan Capitol di Washington dengan kandungan filem The Purge yang sedang trending pada waktu itu.

Janna Nick

Dia menekankan mengapa sekatan dan panduan filem diperlukan, sepertimana Malaysia mengenakannya. Pandangan Janna itu tidak disambut baik oleh netizen. Penggemar filem mula menunjukkan rasa marah dan keliru dengan kenyataannya itu.

Walaubagaimanapun, Janna tidak terasa dengan kecaman dan serangan warganet di Twitter yang tidak bersetuju dengan pendapatnya terhadap industri filem dan drama tempatan.

Terbaharu, Janna Nick telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua netizen terutamanya mereka yang menonton video tersebut yang dimuatnaik menerusi IGTV nya pada malam tadi.

Akui akan kekhilafannya sebelum ini, menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner dia berasakan tahun 2021 ini telah dimulakan dengan pelbagai unsur negatif. Malah dia turut berasakan tidak sepatutnya bergaduh dengan netizen sebelum ini di media sosial.

“Hari ini 1 Februari 2021, saya buat video ini untuk buat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang menonton video ini, kepada semua yang sakit hati dengan Janna Nick, jadi saya minta maaf sangat-sangat sebab tak tahulah saya rasa saya mulakan tahun 2021 ini dengan negatif, faham tak?

Gaduh dengan netizen, bodohnya aku ini. Saya mengaku saya bodoh.Saya mengaku sayalah ‘loser itu’. Saya tak patut bergaduh dengan netizen,”

– Janna Nick

Dalam pada itu, Janna turut dilihat mengalirkan airmata setelah berasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh netizen terhadap drama lakonannya yang mendapat sambutan hangat biarpun sebelum ini terdapat perselisihan faham dengan mereka.

Ujarnya, dia berasa sedih apabila drama baharunya keluar iaitu Melastik Ke Langit dan mendapat sokongan menjadi trending daripada mereka yang bergaduh dengannya.

“Sebab bila drama saya keluar, bila anda sokong drama itu, trending kan drama itu dan betul-betul sukakan drama itu, saya rasa macam sedih sangat. Aku ni gaduh dengan orang, gaduh dengan peminat, gaduh dengan orang yang support aku tapi akhirnya korang juga yang support drama saya,”

– Janna Nick

Di kesempatan itu, Janna turut memohon maaf atas kenyataannya sebelum ini yang telah mencetuskan kontroversi dikalangan netizen dan enggan lagi mempunyai masalah. Janna berharap agar orang ramai dapat memaafkannya serta ingin memulakan tahun ini dengan positif

“Janna 1, Netizen 0 itu memang bull****.I’m so sorry and truly sorry. Saya tak nak gaduh lagi dengan korang.Statement yang pasal saya ada cakap orang biasa dengan artis itu betul-betul tak ada niat nak bezakan artis dengan orang biasa. Tapi saya tetap mengaku salah saya”

– Janna Nick

Dalam pada itu, Janna menyatakan tentang kenyataan ‘orang biasa’ dan ‘artis’, dia tidak berniat untuk membezakan golongan artis dan orang biasa.

“Saya nak bagitau yang orang biasa, artis itu pun orang biasa. Saya orang biasa, saya buat salah dan saya minta maaf. Jadi saya dekat sini, semua sekali maafkan saya. Siapa yang kenal saya, tolong maafkan saya. Saya cuma nak mulakan tahun 2021 ini dengan positif okay?”

– Janna Nick

Terdahulu, Janna telah bertikam lidah dengan netizen mengenai kepentingan penapisan filem sebelum dia dikecam hebat oleh segelintir daripada mereka yang tidak bersetuju dengan pandangannnya. Difahamkan, isu tersebut tercetus selepas pengacara Melodi itu menyalahkan filem The Purge sebagai punca serangan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bangunan Capitol pada awal Januari lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nora Danish Hiasan | 19

Muat Naik Video Pegang Perut, Ramai Netizen Salah Anggap Nora Danish Hamil?

Bunga Hiasan | 20

Mak cik Petir Disahkan Positif Covid-19, Netizen Doakan Semoga Cepat Sembuh