in , ,

Gambar Kain Tudung Datuk Siti Nurhaliza & Tudung Datuk K Jadi Viral

Itulah hakikat dunia. Apabila sudah menjadi orang terkenal macam-macam benda boleh dikaitkan dan dijadikan bahan pelaris Kalau dulu timbul kain tudung Mawi, fesyen kain tudung Waheeda, kain tudung Wardina, sekarang timbul pula kain tudung Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid.

Ha, jangan tak percaya, baru malam tadi, saya baru sahaja mendengarnya di Buletin Utama TV3. Nak gelak pun ada.

Kain tudung selebriti ternama ini khabarnya sedang laris di musim perayaan hari raya ini. Sehingga di Kelantan sudah pun kehabisan stok. Kalau saya jadi Datuk K, sudah lama saya buat kilang buat tudung ni. Mesti laris macam ayam golek. Atau pun setidaknya ambil komisyen sebab guna nama dia. Huhu… sape suruh pandai-pandai guna nama orang.

Huhu… Walaupun harga kain tudung Datuk Siti Nurhaliza menjangkau sehingga RM85 sehelai, namun masih ramai orang yang mahu membelinya. Yang saya nak gelak, apabila kakak yang menjual kain tudung itu mendakwa bahawa corak susunan atau jahitan batu permata di kain tudung itu menyerupai misai Datuk K. Jadi, nama Datuk K diekspoitasi dan dimanipulasi untuk menimbulkan hype dan bahan pelaris.

Yang mana lebih bermutu, kain tudung Siti Nurhaliza atau kain tudung Datuk K? Semestinyalah kain tudung Datuk K sebab mutu batu permatanya lebih cantik dan coraknya lebih bermutu berbanding kain tudung Siti Nurhaliza yang nampak macam simple.

Fesyen tudung manakah menjadi pilihan anda di musim perayaan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Ketentuan – Ramlah Ram

Majls Berbuka Puasa Bersama Sinar FM