in , ,

Majlis Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan Dianjurkan Secara Maya

Majlis yang berlangsung di Studio Utama Yusoff, dan Studio Mini AlQasas di Kompleks Islam Putrajaya dan 10 Studio RTM Negeri di seluruh negara, disiarkan tepat jam 9.00 hingga 10.30 malam. TV1 bakal menyiarkannya pada 22, 24 dan 25 Oktober ini manakala pada 23 dan 26 Oktober ia disiarkan menerusi saluran TV Okey.

Sebagai kelangsungan kepada usaha menyemarakkan pembudayaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama RTM, RTM Negeri-negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Ini menggambarkan komitmen pihak Kerajaan dalam menerapkan budaya minat membaca terhadap al-Quran dan memahami intipatinya serta mengaplikasikan tuntutan dan larangan Yang Maha Esa dalam amalan kehidupan kita seharian.

Penganjuran program ini juga selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, selaras dengan Perlembagaan.

Majlis Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan Dianjurkan Secara Maya

Penganjuran majlis ini dirasmikan pembukaannya oleh YB Senator Tn Hj Idris bin Hj Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan akan disempurnakan perasmian penutupannya oleh YAB  Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada 26 Oktober 2021.

Untuk edisi istimewa ini penganjur mengesahkan penyertaan 26 orang qari dan qariah Johan Johan Tilawah Kebangsaan sepanjang dan jemputan khas yang mewakili semua negeri di Malaysia.

Program ini berkonsepkan persembahan bacaan al-Quran secara bertarannum oleh para Qari/ Qariah yang pernah menjadi Johan MTHQK pada tahun-tahun yang lalu dan program ini tidak melibatkan sebarang pertandingan.

Penonton bakal menyaksikan maklumat terkini kehidupan qari qariah ini dan yang penting boleh mendengar alunan dan lontaran suara qari-qariah hebat yang pernah mewarnai persada musabaqah dan tilawatul Quran di Malaysia seperti Datuk Hajjah Faridah Mat Saman (1964, 1965, 1972, 1976, 1977, 1989, 1990, 1991), Puan Hajjah Umi Kalthum Binti Md Zin (1993, 1994, 2003), Puan Hajjah Rahmas Abdullah (1984, 1985, 1992, 1995, 1996), Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (2000 & 2004) Cik Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohammad Badiuzzaman (2008 & 2009) di samping generasi pelapis seperti En. Muhammad Qayyim Nizar Sarimi (2020) dan Cik Nor Farhatul Fairuzah binti Panut (2019).

Bagi menghangatkan suasana, penonton setia program selama 5 malam ini akan dihiburkan oleh barisan artis-artis yang hebat. Nantikan persembahan Inteam dan Khai Bahar lagu Setanggi Syurga, Lah Ahmad (Salam), Raihan dan Aliff Satar (Sesungguhnya), Zayn dan Lah Ahmad (Iktiraf), Soutul Amal (Awwal Kalam), Khai Bahar (Cahaya 114), Far East (Syahadah), Hijjaz (Janji Khalifah), Faizal Tahir dan Mirwana (Tanpa Cintamu) juga kemunculan Datuk Nash, Datuk Hattan, dan Datuk Malek Riduan menyampaikan lagu Akhirat Di Depan.

Program pada kali ini mengetengahkan pengisian ibrah mantap dan mengusik perasaan oleh selebriti JAKIM Ustaz Hariri Daud dan Ustazah Nazirah Abu Bakar. Pengisian ibrah menggunakan teknologi terkini Augmented Reality ini diharapkan dapat menzahirkan pengertian yang lebih baik terhadap ayat-ayat Al-Quran.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cerita KELENTANG-KELENTONG Hael Husaini Bukan Sekadar Tin Kosong

SAJAT

Sajat Belanja Gambar Rumah Baru, Kerajaan Australia Bantu Beli Banglo