in , ,

Sajat Belanja Gambar Rumah Baru, Kerajaan Australia Bantu Beli Banglo

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, mengesahkan dirinya kini telah berhijrah ke Australia selepas dipercayai mendapat kelulusan ‘tiket’ kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Menerusi perkongsian video ‘live’ di Instagram miliknya, dia berkongsi tentang penghijrahannya dan sebelum itu sudah meminta kebenaran kedutaan Australia untuk berbuat demikian.

Bedasarkan ‘live’ Instagram miliknya pagi semalam, dia kini berasa sangat terharu kerana kedutaan negara itu banyak memberi sokongan terhadapnya dari pelbagai aspek.

“Saya sekarang berada di Australia, tak nak pandang belakang dah. Saya sekarang sedang menjalani kuarantin, tak sabar nak habis dua minggu nanti nak pergi jalan-jalan.

“Dekat sini, saya dikelilingi orang yang mengambil berat tentang diri saya dan temui kebahagiaan dekat sini. Kedutaan Australia banyak sokong saya macam hantar pergi kelas tambahan, perbaiki skill bisnes dan kelas bahasa Inggeris serta beri rumah,”

– Sajat
Sajat Belanja Gambar Rumah Baru, Kerajaan Australia Bantu Beli Banglo

Tangkap layar gambar yang dimuat naik di Instagram Sajat

Terbaharu, Sajat berkongsi gambar rumah baharunya di sana dan difahamkan Sajat bakal menetap di Canterbury, Australia.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Sajat telah berhijrah ke Australia dan telah pun ‘cerai’ talak tiga dengan Malaysia.

Sebelum ini, polis mengesahkan Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand bersama seorang lelaki berperwatakan seperti wanita warganegara tersebut ketika serbuan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Pada 9 September lalu, Sajat didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan Imigresen di negara berkenaan dan dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat oleh seorang warga tempatan.

Polis Diraja Malaysia kemudian membuat permohonan kepada pihak berkuasa Thailand bagi membolehkan Sajat dibawa pulang ke negara ini untuk membantu siasatan dan perbicaraan kes mahkamah.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

“Mak Beritahu Sajat Mar4h”-Rupanya Ini Yg Sajat Cakap Sampai Buat Adik Dia Beng4ng

ADIK perempuan usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat mengakui cukup terkesan dengan sikap abangnya yang kini sudah melarikan diri ke Australia.

Meluahkan menerusi satu pertemuan eksklusif dengan mStar, Nur Mustika berkata emosinya tertekan sejak Sajat menjadi buruan polis.

Lebih menambah luka di hati apabila tindakan cuba menjaga nama baik abang dan keluarga disalah erti kononnya dia cuba menumpang populariti.

“Mak beritahu Sajat marah, dia kata saya bodoh tak tahu apa-apa kerana cakap dengan wartawan.

“What, bo.0doh? Ok sekarang saya nak tunjuk cara pandai iaitu beritahu segala-galanya.

“Sedikit ucapan terima kasih pun tak ada, yang dia tahu maki, maki, maki,” katanya

Adik Sajat Mula Bersuara Bila Kena Tanggung Apa Sajat Buat Selama Ini, Tak Sangka Apa Yang Adik Sajat Terima

Setelah sekian lama memendam perasaan tentang kontroversi membabitkan usahawan sensasi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat, adiknya Nur Mustika akhirnya tampil meluahkan apa yang terbuku di hati.

Ujar Mustika, dia begitu terbeban dengan masalah yang dicetuskan abangnya yang kini dilihat sedang menikmati saat bahagia setelah didakwa berjaya melarikan diri ke Austalia.

“Aku tak ada kena mengena dengan perbuatan Sajat. Dia tak peduli sesiapa, jadi buat apa aku nak peduli setiap tindakan dia.

“Tapi dugaan bukan kecil apabila aku sebagai perempuan kena tanggung perbuatan dia selama ni.

“Dia tinggalkan nama buruk dan tanpa diberi pilihan aku kena tanggung,” katanya menerusi mesej yang dikongsikan kepada mStar pada Selasa.

Luahan berkenaan dibuat sehari selepas mStar melaporkan tentang berita yang mendakwa Sajat kini berada di Australia selepas berjaya melarikan diri dari Thailand.

Difahamkan kemarahan Mustika terhadap Sajat turut berpunca daripada sikap netizen yang bertindak ‘menyer4ng’ platform media sosialnya dengan pelbagai hinaan dan tohmahan.

Bukan itu sahaja, Mustika turut kesal apabila ada segelintir media dan blog tersalah menggunakan fotonya bagi mengiringi berita berkaitan Sajat.

“Kesiannya netizen dpt maklumat salah. Kalau mana yang tak tahu ini gambar Mustika dan bukan gambar Sajat… dah tentu ramai datang Instagram ni serang,” tulisnya pada kapsyen bersama posting tangkap layar daripada sebuah portal berita.

Kata Mustika lagi, reputasinya sebagai influencer juga terjejas dengan kontroversi Sajat.

Mustika pernah berkongsi cerita kepada mStar dalam pertemuan pada September lalu.

“Reputasi busuk dan dia tak penah nak minta maaf pada aku. Malah dia hina aku sebab aku terangkan kat media hari tu walaupun dia tahu aku tak burukkan dia langsung.

“Banyaknya pengalaman sejak kes Sajat ni. Media pusing semua benda janji dapat story demi content. Apa jadi dengan hidup seseorang tu pun mereka tak peduli,” katanya.

Sementara itu menurut Mustika, paling mengecewakan apabila kontroversi membabitkan Sajat turut menjejaskan anaknya.

“Aku ni seorang ibu, ada anak kandung. Kesan-kesan negatif boleh timpa anak aku. Macam mana dia nak ke sekolah?

“Kuatkah dia apabila orang cakap atau perli dia atas perbuatan pakcik dia? Semoga Allah sentiasa kuatkan hati ini dalam setiap dugaan diberiNYA,” katanya.

Lama berdiam diri akhirya Sajat akui dah ‘c3rai talak 3’ dengan Malaysia, kini berada di Australia

Sejak mulai ‘berani’ kembali di media sosial, usahawan penuh kontr0versi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dilihat telah menyapa para pengikutnya yang sudah lama menunggu kemunculannya.

Dalam perkongsian di IG live, Sajat memaklumkan yang dirinya sedang menjalankan ku4r4ntin di Canterbury, Australia dan telah pun rasmi berhijrah ke negara Kanggaru itu.

Bercerita tentang perkembangan terkini, usahawan terbabit berkata bahawa akan ada beberapa perancangan untuknya survive di negara tersebut. Salah satunya adalah membuka kembali perniagaan dibantu beberapa pihak termasuklah akan menghadiri wawancara di salah satu media di Australia untuk bercerita tentang dirinya.

Ditanya apa perasaan ketika ini selepas berada di negara terbabit, Sajat mengakui sangat bahagia kerana sudah bebas dan boleh menjadi dirinya sendiri.

Ada juga netizen yang mahukan usahawan itu mengulas tentang k3snya yang sebelum ini sehingga dia perlu ‘menyelvdvp’ masuk ke negara jiran untuk melarikan diri susulan waran t4ngkap dikenakan.

Menurutnya, apa yang terjadi tidaklah seperti yang disangka dan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia juga menghormati kerja pihak PDRM yang menjalankan tugas dengan baik.

Selain itu, Sajat turut memaklumkan yang segala perniagaannya di Malaysia sudahpun di jual dan kini berhijrah ke Australia untuk memulakan perniagaan baharu selepas selesai dikuarantin.

Menjawab soalan tentang ag4ma, usahawan terbabit menjelaskan yang isu itu adalah satu perkara perib4di dan dia sama sekali tidak mahu mengulas kerana baginya biarlah dia menjalankan kewajiban sebagai umat Islam mengikut caranya sendiri.

Tak hanya itu, Sajat memberitahu yang dia sama sekali tidak akan mengaku berkenaan jantina walaupun sehingga ke lubang kvbur kelak kerana padanya dia tetap wanita.

Setiap orang tidak ada hak untuk mem4ksa dirinya menjadi orang lain dan sangat kecewa dengan mereka yang memintanya berubah secara luaran, sedangkan dalamannya adalah seorang wanita.

Di akhir IG live Sajat, dia mengesahkan dirinya sudah ‘bercer4i’ tal4k tiga dengan Malaysia dan tidak akan boleh kembali ke sini lagi. Dia sama sekali tidak berasa ralat akan hal itu dan cukup teruja untuk memulakan kehidupan yang baru di Australia.

Perancangannya adalah untuk membuka perniagaan dan membantu rakyat Malaysia yang ingin bekerja di Australia dengan cara bekerja di bawah perniagaannya kelak.

Sumber: mStar

Peluang Bawa Pulang Sajat Tipis

Peluang untuk membawa pulang usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat sukar susulan desakan beberapa pihak yang mempertahankan kebebasan tr4nsgender.

Sumber memberitahu Harian Metro sehingga kini, Thailand masih belum membenarkan usahawan berkenaan diekstradisi ke negara ini.

“Peluang untuk membawa pulang dilihat tipis susulan desakan beberapa pihak termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) atas dasar kebebasan transgender.

“Kemungkinan dia akan mendapat suaka di negara ketiga,”

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia dilaporkan dalam proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang Nur Sajat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenay4h Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilaporkan berkata, proses itu akan mengambil masa kerana membabitkan pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara dan pihak berkuasa Thailand.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan misteri ‘kehil4ngan’ Nur Sajat terjawab apabila dia dilaporkan ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Pada 9 September lalu atas kesalahan memasuki Thailand secara tidak sah, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun usahawan kosmetik itu dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari.

Dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas dibu.ru pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hael Husaini | 18

Cerita KELENTANG-KELENTONG Hael Husaini Bukan Sekadar Tin Kosong

Joe Flizzow 2020 | 19

“Pakai Otak Sikit, Baik Korang Berhenti Kerja Sajalah,” – Joe Flizzow