in , ,

Majlis Perkahwinan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari

PENYATUAN CINTA DUA NEGARA
Perkahwinan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari
Eksklusif Di TV3!

Percintaan penuh sensasi pasangan selebriti dari dua negara, Ashraf Sinclar dan Bunga Citra Lestari akhirnya berakhir di jinjang pelamin. Majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada 8 November 2008 di Jakarta berjaya mencuri perhatian peminat dan media masa di Malaysia dan Indonesia. Tidak ketinggalan juga program popular di TV3, Wanita Hari Ini dan Nona turut berjaya mendapatkan hak membuat liputan majlis perkahwinan penuh gemilang pasangan ini khusus untuk memberikan yang terbaik kepada peminat setianya.

Wanita Hari Ini akan menyiarkan sedutan khas majlis perkahwinan Ashraf dan Bunga di Jakarta yang dilangsungkan dengan penuh adat Melayu dan Minangkabau pada 12 November 2008. Nantikan juga temubual secara eksklusif untuk mengetahui detik-detik manis persiapan perkahwinan Ashraf dan Bunga pada 18 November 2008 jam 12.00 tengahari.

Mankala untuk liputan khas secara menyeluruh dalam majlis akad nikah dan resepsi di Jakarta boleh ditonton dalam program Nona pada 16 November 2008, hari Ahad, jam 2.00 petang. Para peminat TV3 juga berpeluang untuk menyaksikan majlis resepsi pihak lelaki yang akan diadakan di Malaysia menerusi rancangan Nona pada 23 dan 30 November 2008 jam 2.00 petang.

Ashraf Sinclair

Liputan majlis resepsi ini termasuklah majlis yang diadakan untuk rakan-rakannya yang diadakan pada 14 November 2008 di The Saujana, Subang dengan berkonsepkan Inggeris manakala majlis untuk keluarga pula diadakan pada 15 November 2008 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Bukit Kiara dengan konsep ciri kekampungan iaitu ‘Pulang Ke Kampung Bawa Isteri’.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan liputan perkahwinan Ashraf dan Bunga secara eksklusif di TV3 seperti berikut:-

  • WHI – 12th November 2008, Rabu, 12.00 tengahari
    (sedutan khas majlis akad nikah di Jakarta)
  • Nona – 16th November 2008, Ahad, 2.00 petang
    (Liputan khas majlis akad nikah dan resepsi di Jakarta)
  • WHI – 18th November 2008, Rabu, 12.00 tengahari
    (temubual di studio secara siaran langsung)
  • Nona – 23rd November 2008, Ahad, 2.00 petang
    (Liputan khas majlis resepsi di Kuala Lumpur)
  • Nona – 30th November 2008, Ahad, 2.00 petang
    (Edisi Istimewa Persiapan & majlis perkahwinan)

Info Perkahwinan Ashraf Sinclar dan Bunga Citra Lestari:-

  1. Majlis Akad Nikah pada 8 Nov 08 di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta diikuti resepsi keesokan harinya di Hotel Sultan, Jakarta, Adat Melayu & Minangkabau
  2. Tekanan sama turut dirasai Ashraf apabila pertama kali berhadapan media di sana ketika majlis sidang akhbar mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 12 Oktober lalu.
  3. Menurut Ashraf, Majlis pernikahan diadakan dalam suasana tertutup dan cukup sederhana dihadiri keluarga terdekat. Dijangka seramai 50 orang rombongan dari Malaysia akan hadir di majlis itu. Keluarga saya besar kerana adik-beradik ibu ada 12 orang sementara adik-beradik ibu Bunga ada 16 orang.
  4. Sementara majlis resepsi pula dijangka dihadiri 1,000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan artis dan rakan niaga.
  5. Di Malaysia majlis resepsi utuk rakan-rakan akan diadakan pada 14 November 2008 di The Saujana, Subang dengan konsep Inggeris. Majlis untuk keluarga pula pada 15 November 2008 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Bukit Kiara. Kali ini konsepnya ciri kekampungan iaitu Pulang Ke Kampung Bawa Isteri.

Budiey bersama Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari ketika post party Anugerah Planet Muzik 2007

Info Hubungan Ashraf Sinclar dan Bunga Citra Lestari

  1. Ashraf Sinclair seorang pelakon dan pengacara TV yang mula mencipta nama menerusi drama Gold & Gincu telah menyulam cinta dengan selebriti sensasi Bunga Citra Lestari yang merupakan seorang pelakon filem dan penyanyi popular di Indonesia semenjak May 2007.
  2. Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari pertama kali bertemu dalam rancangan Beat TV yang dihoskan oleh Ashraf semasa Bunga menjalankan aktiviti promosi album pertamanya di Malaysia. Mereka mula berhubung menerusi telefon dan cinta mula berputik. Ashraf telah melamar Bunga pada Januari 2008.
  3. Kira-kira 50 anggota keluarga Ashraf akan terbang ke Jakarta bagi menghadiri majlis pernikahannya di sana. Jumlah lebih kurang sama daripada pihak pengantin perempuan akan turun ke Kuala Lumpur pada 12 November ini. Pada majlis akad nikah, keluarga pengantin lelaki bakal membawa 21 dulang hantaran.
  4. Ashraf Sinclair berusia 29 tahun ini akan bermastautin di Jakarta. Namun, dia tetap bernaung di bawah bumbung Beyond dan pasti menerima tawaran yang datang dari Kuala Lumpur sekiranya tidak bercanggah dengan jadual kerjanya di sana.
  5. Ketika ini, Ashraf mula mengorak langkah di Indonesia apabila membintangi dua filem, Pocong dan Saus Kacang. Dalam filem kedua yang bercorak komedi romantik itu, Ashraf berlakon di sisi bakal isteri, filem terbabit dijangka menemui penonton di kedua-dua negara pada Disember ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Sitcom FARA Musim Ketiga Lakonan Fara Fauzana, Mohd Kardanie Anwa

Cinta Serius Linda Jasmine Hashim & Que Haidar Mahu Kahwin