in

Johnny Depp Kahwin Dengan Amber Heard

Pelakon yang membintangi siri filem Pirates of the Caribbean Johnny Depp melangsungkan perkhawinan dengan tunangnya Amber Heard di rumah mereka di Los Angeles pada Selasa lalu. Pelakon berusia 51 tahun itu berkenalan dengan Heard di lokasi pengambaran filem The Rum Diary pada 2011.

johnny-depp

Menurut majalah People, pasangan itu merancang mengadakan majlis perkahwinan mereka secara besar-besaran di sebuah pulau peribadi milik Depp di Little Hall’s Pond Cay, Bahamas.

Pasangan pelakon Hollywood itu bertunang pada 2012 selepas Depp berpisah dengan teman wanitanya Vanessa Paradis yang juga merupakan seorang aktres.

Pasangan ini mempunyai dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Johnny Depp mula mejadi bintang tersohor setelah muncul dalam siri 21 Jumpstreet serta filem Edward Scissorhands dan Alice in Wonderland.

Johnny-Depp-and-Amber-Heard.png

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Happening STREET VIBEZ KL di Avenue K Hari Terakhir

Majlis Penghargaan & Penyampaian Hadiah Anugerah Nasyid IKIMFM 2014