in ,

Majlis Nikah Nad Zainal Tertutup Tanpa Liputan Media

nad zainal

Pelakon Nad Zainal akan melangsungkan majlis pernikahannya dengan Muhammad Faliq Amirudin, 27, dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada 18 Disember ini termasuk tiada liputan media.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, memberitahu perlu menghormati permintaan pihak keluarga yang mahukan privasi pada majlis istimewa itu.

Untitled

“Majlis akad nikah akan diadakan selepas Zuhur di Bukit Jelutung dan ia akan dijalankan secara tertutup untuk ahli keluarga kami sahaja. Manakala majlis persandingan atau resepsi pula pada sebelah malam akan diadakan di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, yang mana saya menjemput teman rapat, sanak saudara dan rakan media,” ujarnya kepada mStar Online.

Nad dan Muhammad Faliq yang berkerja sebagai pekerja belakang tabir mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos lalu. Kata Nad, sikap sederhana dan berpendirian membuatkan dia yakin dengan keputusannya mendirikan rumahtangga dengan pemuda tersebut. Tambahnya, Faliq juga mempunyai ciri-ciri seorang lelaki yang layak dijadikan suami.

“Sudah sampai seru, jodoh agaknya. Dia seorang yang bersederhana dan berpendirian, lebih-lebih lagi dia selalu berada di sisi saya ketika saat susah dan senang. Alhamdulillah, dia juga banyak membantu dan menerima saya seadanya,” ujar Nad.

Dalam pada itu, Nad meluahkan rasa syukur sudah lebih 70 peratus persiapan dilakukan dengan bantuan keluarga kedua-dua belah pihak. Sementara itu, ditanya mengenai kerjaya selepas mendirikan rumah tangga, Nad akan terus aktif dalam lakonan seperti biasa.

“Insya-Allah selepas berkahwin saya akan terus berlakon seperti biasa, tiada yang berubah, lagi pula bidang lakonan sudah menjadi sumber pendapatan saya,” ujarnya.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar ya.

Sumber: Mstar Online

Untitled

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

nad zainal

Nad Zainal Umum Tarikh Nikah di Instagram

Ulasan Penonton Filem WHO’S YOUR DADDY