in , ,

Majlis Nikah Haqiem Rusli & Anis Sofea Bertemakan ‘Raikan Cinta di Langit Asmara’

Pastinya ramai peminat menantikan kemaskini tentang perkahwinan penyanyi pujaan ramai, Haqiem Rusli dan Anis Sofea. Pada hari ini, Budiey mendapat perkhabaran bahawa majlis nikah HR dan AS bertemakan Raikan Cinta di Langit Asmara.

Penyanyi Haqiem Rusli bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati, Anis Sofea pada Jumaat ini selepas mengumumkan berita gembira itu di Anugerah Bintang Popular ABPBH 34, Sabtu lalu.

Meskipun sudah memaklumkan bakal berkahwin tahun ini, namun Haqiem tidak mendedahkan identiti bakal isterinya kepada umum.

Bakal isteri Haqiem itu bernama Wan Anis Sofea Wan Zamzuri atau mesra dikenali sebagai Anis Sofea berusia 19 tahun dan berasal dari Kelantan.

Majlis Nikah Haqiem Rusli &Amp; Anis Sofea Bertemakan 'Raikan Cinta Di Langit Asmara'

Anis Sofea merupakan selebriti media sosial dan mempunyai 52,000 pengikut di Instagram, Anis merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran Santhai Village bersama Haqiem.

Mereka berkawan hampir dua tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Difahamkan, Anis mula tampil berhijab baru-baru ini.

Malah sebelum ini, Anis pernah tular di laman Twitter apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon Hanis Zalikha.

Majlis Nikah Haqiem Rusli Bertemakan 'Raikan Cinta Di Langit Asmara'

Raikan Cinta di Langit Asmara

Pada hari bahagia itu nanti, pasangan itu akan memakai busana direka khas oleh Razman Razmi, manakala pakaian malam resepsi oleh Rizman Ruzaini.

Dengan mengetengahkan tema Taman di Kayangan, majlis akad nikah Haqiem Rusli dan juga Anis Sofea pastinya akan menjadi lebih romantis dengan hiasan kuntuman bunga berwarna putih.

Pada hari ini, Haqiem Rusli telah menyiarkan sebuah video teaser pra-perkahwinan di Instagram miliknya. Cukup romantis dan sangat sweet ya.

Majlis Nikah Haqiem Rusli Bertemakan 'Raikan Cinta Di Langit Asmara'

Pelamin juga cukup meriah dengan dikelilingi dengan kuntuman bunga dengan warna yang minamal menampakkan ruang gaya lebih elegan dengan sentuhan segar yang menyejukkan mata memandang.

Haqiem turut menghadiahkan sebuah lagu istimewa untuk bakal isterinya yang berjudul Hitam Saksi Putih.

Inshaallah, Budiey akan mengemaskini tentang berita serta video eksklusif bersempena dengan pernikahan Haqiem Rusli jika diberi kesempatan dan peluang. Nantikan kemaskini seterusnya nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Sarah 1 | 16

Sinopsis Drama Bersiri USTAZAH ROBOTIK di TV AlHijrah

Joan

joan Share Vibey Live Video For New Single ‘Right Back’