in , ,

Sinopsis Drama Bersiri USTAZAH ROBOTIK di TV AlHijrah

Selepas sambutan menggalakkan dan respon positif penonton terhadap drama Dia Isteriku yang mengisi Slot Qalbu baru-baru ini, TV AlHijrah terus menambat hati penonton setianya dengan menyiarkan sebuah drama baharu terbitan Side Fx Sdn Bhd berjudul Ustazah Robotik.

Drama arahan Muhammad Muhammad Syuhaimi Zulkefli berjudul Ustazah Robotik ini disiarkan pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 6 petang bermula 8 November yang lalu. Drama 13 episod yang membekalkan mesej-mesej Islamik buat semua lapisan usia ini menggabungkan barisan artis terkenal dengan aura karakter berbeza seperti Puteri Sarah Liyana, Maisara Sufia, Zaki Azeman, Zarina Zainuddin, Esma Daniel dan ramai lagi.

Ustazah Robotik Tv Alhijrah

Drama ini berputar sekitar kehidupan Asma yang sangat obses terhadap permainan robot.  Minat mendalam Asma ini adalah hasil pendedahan daripada ayahnya yang merupakan seorang jurutera robotik.

Puteri Sarah Liyana Sebagai Asma Dalam Drama Ustazah Robotik

Malang tidak berbau, ayah Asma terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Kehilangan, kerinduan dan kekecewaan ibu Alya iaitu Tini terhadap peristiwa malang itu membuatkannya kurang senang terhadap minat Asma kepada robot.

Lantaran itu Asma memberontak dalam diam. Bagi Asma, berdampingan dengan robot seolah-olah ia sebagai penghilang rindu dan penghubung hatinya dengan arwah ayah tercinta. Tewas dengan kehendak Asma, Tini akur dan cuba mendorong minat Asma terhadap robot sehinggalah anak sulungnya itu berjaya menjadi jurutera robotik.

Datin Sufinah Dan Datuk Hamzah

Dalam liku-liku hidupnya untuk mencapai impian, Asma jatuh hati dengan majikannya sendiri iaitu Muaz. Pada masa yang sama, ibu Muaz, Datin Sufinah menyusun rancangan menjodohkan Muaz dengan Ilya, adik Asma. 

Pertemuan tidak sengaja antara Datin Sufinah dan Ilya berlaku dalam satu majlis ilmu. Datin Sufinah jatuh hati saat melihat keayuan, kelembutan, sikap sopan dan peribadi baik Ilya yang berilmu agama.

Datin Sufinah yakin Ilya mampu mengendurkan sikap keras kepala anaknya, Muaz. Namun, Ilya menolak pinangan Datin Sufinah. Puncanya, salah satu robot ciptaan Asma bernama Adam memberitahu Ilya bahawa Asma sudah lama jatuh hati pada Muaz.

Ilya tidak sanggup merampas kebahagian kakaknya yang banyak berkorban mental dan fizikal setelah ayah mereka meninggal dunia.

Berjayakah Ilya menyatukan Asma dengan Muaz? Mampukah Ilya meyakinkan Datin Sufinah bahawa Asma adalah calon menantu terbaik serta ustazah robotik yang paling cocok untuk menjadi isteri Muaz?

Kuza, Kartina Aziz Serta Puteri Sarah Liyana Dalam Ustazah Robotik

Ayuh sama-sama saksikan kesudahan kisah Ustazah Robotik di TV AlHijrah. Drama ini memberikan mesej yang cukup jelas kepada penonton bahawa kita semua selaku khalifah di muka bumi yang Esa harus sentiasa memperkukuhkan pegangan agam, menguatkan azam, memperteguh iltizam dan memantapkan ikhtiar untuk menjadi yang terbaik.

Saksikan Ustazah Robotik setiap Isnin dan Selasa jam 6 petang di slot QALBU, TV AlHijrah.

Asma Yang Terlalu Minat Kepada Robot

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sonaone | 14

Sonaone Kembali Dengan SAPE KATA, Dihasilkan dari Kecelaruan Emosi & Jiwa Kacau

Haqiem Rusli | 15

Majlis Nikah Haqiem Rusli & Anis Sofea Bertemakan ‘Raikan Cinta di Langit Asmara’