in , , ,

Majalah Gaya Hidup Selebriti Malaysia Dalam DESTINASI DUA JIWA

Mengimbau perjalanan kisah cinta pasangan selebriti dalam 13 episod program majalah santai bertajuk “Destinasi Dua Jiwa” yang menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) setiap Selasa, pukul 10.00 pagi dan ulangannya pukul 2.30 petang hari sama menerusi saluran TV Okey.

Dalam setiap episod, pasangan suami isteri selebriti iaitu Liyana dan Fathuddin, yang bertindak sebagai pengacara bersama, berkunjung ke sekitar lokasi percutian menarik di Malaysia dan berkongsi pengalaman menceritakan bibit pertemuan dan kisah cinta mereka sehingga membawa ke jinjang pelamin. Selain itu, mereka ditujukan beberapa soalan secara santai untuk menguji sejauh mana persefahaman perkahwinan mereka.

https://flic.kr/p/2inBzJz

Episod pengenalannya Liyana dan Fathuddin, berkunjung ke Bandar Hilir, Melaka untuk berkongsi pengalaman kisah percintaan mereka sehingga ke jinjang pelamin selain daripada melawat sekitar lokasi dan tempat makan yang menarik di bandar tersebut. Persefahaman dalam perkahwinan mereka diuji dengan menjawab beberapa soalan dalam segmen Kuiz Meter Cinta, di mana Liyana cuba mengalahkan Fathuddin dengan menjawab beberapa soalan dengan tepat. 

Ikuti cerita selebriti iaitu Amar dan Arna, yang berkunjung ke Ipoh untuk berkongsi pengalaman kisah percintaan mereka sehingga ke jinjang pelamin selain daripada melawat sekitar lokasi dan tempat makan yang menarik di situ. Di situ mereka diuji dengan menjawab beberapa soalan dalam segmen Kuiz Meter Cinta, menentukan sama ada Arna atau Amar dapat menjawab soalan dengan tepat.

Shah Iskandar Dan Isteri

Pasangan suami isteri Cik Manggis dan Acam, berada di Haven Resort Hotel, Ipoh untuk berkongsi pengalaman kisah percintaan mereka sehingga ke jinjang pelamin selain daripada melawat persekitaran dan menjamu selera di hotel tersebut. Persefahaman dalam perkahwinan mereka diuji dengan menjawab beberapa soalan dalam segmen Kuiz Meter Cinta, di mana Cik Manggis berjaya mengalahkan Acam dengan menjawab beberapa soalan dengan tepat.

Perkongsian lebih menarik dalam program ini dengan mendekati pasangan Nas-T dan Nur Atiqah di Johor Bahru, Zahiril dan Nur Syahirah (Cameron Highland, Pahang), Dynas dan Shazrik (Pulau Pinang), Faralyna dan Fikri (Batu Feringgi, Pulau Pinang), Ira Mohd Amin dan Shazril (Kuantan, Pahang), dan pasangan Ammar dan Nina, yang berkunjung ke Hotel Villa d’Acqua, Masjid Tanah, Melaka. 

Zahiril Adzim Dan Isteri

Momen manis perkahwinan turut diwarnai kisah pasangan pelakon Ramona Zamzam dan suaminya Rami, yang berkunjung ke Port Dickson, Negeri Sembilan, Shah Iskandar dan Sarah, meluangkan masa di Colmar Tropica Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang, Saharul dan Deena, berada di D’Chateu, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang serta pasangan suami isteri selebriti iaitu Leysha dan Ali, yang berkunjung ke Hotel Royale Chulan, Mutiara Damansara untuk berkongsi pengalaman kisah percintaan mereka sehingga ke jinjang pelamin selain daripada melawat sekitar lokasi dan tempat makan yang menarik di hotel tersebut. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Nas T Dan Isteri
Pasangan Ramona Zamzam Dan Suami
Sepasang Suami Isteri Selebriti Iaitu Saharul Dan Deena

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aina Abdul | 18

TV3 Jual Tiket Anugerah Juara Lagu 34 Pada Hari Khamis 9 Januari

Akim The Majistret | 19

Tiket Anugerah Juara Lagu 34 Dijual Mulai Hari Ini