in , , ,

Tiket Anugerah Juara Lagu 34 Dijual Mulai Hari Ini

Untuk pengetahuan penonton, Anugerah Juara Lagu ke-34 akan berlangsung pada 9 Februari 2020, kalau korang tengok kalendar, tarikh tu jatuh pada hari Ahad, lokasi AJL adalah di Axiata Arena Bukit Jalil.

Seperti tahun yang sudah, Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) akan mengadakan penjualan tiket kepada peminat setia anugerah berprestij ini. Tarikh keramat bagi permulaan penjualan tiket adalah pada hari Khamis, 9 Januari 2020 dan you gais boleh beli melalui laman sesawang rasmi www.myticket.asia

Membariskan lapan penyanyi solo dan empat buah persembahan kumpulan, semestinya persaingan para finalis kali ini lebih gempak berbanding tahun lalu. Oleh itu, tiket AJL34 dianggarkan akan terjual lebih laris berbanding tahun lalu.

Anugerah Juara Lagu

Kali ini sistem tiket lain sikit berbanding tahun lepas. Tahun ni TV3 akan jual tiket dengan  sistem tempat duduk bernombor di Axiata Arena, bagi memudahkan pemegang tiket membeli tempat duduk yang dikehendaki. jadi korang takdelah nak berebut-rebut masa kat dalam Axiata Arena tu nanti kan?

You gais yang beli tiket tu nanti kena berhati-hati ketika membeli tiket dan mematuhi nombor tempat duduk yang dibeli bagi untuk mengelakkan apa2 kemungkinan berlaku. Okay harga tiket AJL, ramai nak tahu kan?

Harga tiket Anugerah Juara Lagu 34 adalah berdasarkan aras tempat duduk yang hendak dibeli, iaitu Arena, Aras 3, dan Aras 4. Para peminat AJL34 boleh memilih sama ada hendak membeli tiket Arena yang berharga RM60, atau Aras 3 dengan harga RM40, atau Aras 4 dengan harga RM30. 

Anugerah Juara Lagu

So, you gais boleh dapatkan tiket Anugerah Juara Lagu 34 secepat mungkin kerana tempat duduk adalah terhad. Walau bagaimanapun, para pembeli tiket hendaklah sedia maklum bahawa kanak-kanak dibawah umur 7 tahun tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam Axiata Arena ketika AJL34 berlangsung.

Kita imbas balik 12 buah lagu yang bertanding. Antara muka baru yang bakal berentap buat pertama kali di pentas AJL nanti ialah Aina Abdul, Naim Daniel dan Kugiran Masdo.

1. Drama

2. Ku Bersuara

3. Anta Permana

4. Sumpah

5. Lembah Kesepian

6. Sumpah

7. Peneman

8. Dinda

9. Bangun

10. Kisah Cinta Kita

11. Ragaman

12. Rampas

Dan pada 9 Januari nanti iaitu hari Khamis satu sidang media akan diadakan di satu lokasi untuk memberi peluang finalis ni semua menghebahkan apakah perkembangan mereka setakat ini.

Nanti jangan lupa untuk ikuti live apa yang happening di sidang media tu nanti. Mungkin penganjur akan bagitau konsep dan tema AJL kali ini, juga siapakah artis yang akan buat persembahan selingan dan yang pasti pengacara AJL akan berada di sana.

Mark your calendar untuk\ AJL34 iaitu 9 Februari 2020 (Ahad), 9.00 malam dan you gais boleh hangatkan lagi perbualan di alam maya anda dalam laman media sosial dengan menggunakan tanda pagar #AJL34. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majalah Gaya Hidup Selebriti Malaysia Dalam DESTINASI DUA JIWA

Senarai Persembahan di DFP & MPO Untuk Musim Konsert Ke-22 Tahun Ini