in , ,

TV3 Jual Tiket Anugerah Juara Lagu 34 Pada Hari Khamis 9 Januari

Seperti tahun lalu, Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) akan mengadakan penjualan tiket kepada peminat setia anugerah berprestij ini. Tarikh keramat bagi permulaan penjualan tiket adalah pada hari Khamis, 9 Januari 2020 melalui laman sesawang rasmi www.myticket.asia.

Membariskan lapan penyanyi solo dan empat buah persembahan kumpulan, semestinya persaingan para finalis kali ini lebih gempak berbanding tahun lalu. Oleh itu, tiket AJL34 dianggarkan akan terjual lebih laris berbanding tahun lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak,

“Memperhalusi sistem tiket dan tempat duduk audien di Axiata Arena, kami akan memperketat sistem pengawal selia setiap kemasukan penonton ke Axiata Arena. Pihak penganjur juga akan menggunakan sistem tempat duduk bernombor bagi memudahkan pemegang tiket membeli tempat duduk yang dikehendaki mereka tanpa berebut dengan audien lain pada malam 9 Februari itu nanti.

Oleh itu, para pembeli dan pemegang tiket haruslah berhati-hati ketika membeli tiket dan mematuhi nombor tempat duduk yang dibeli bagi memastikan kelancaran Anugerah Juara Lagu 34 nanti.”

– Encik Johan Ishak

Harga tiket Anugerah Juara Lagu 34 adalah berdasarkan aras tempat duduk yang hendak dibeli, iaitu Arena, Aras 3, dan Aras 4.

Para peminat AJL34 boleh memilih sama ada hendak membeli tiket Arena yang berharga RM60, atau Aras 3 dengan harga RM40, atau Aras 4 dengan harga RM30. 

Dapatkan tiket Anugerah Juara Lagu 34 anda secepat mungkin kerana tempat duduk adalah terhad.

Walau bagaimanapun, para pembeli tiket hendaklah sedia maklum bahawa kanak-kanak di bawah umur 7 tahun tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam Axiata Arena ketika AJL34 berlangsung.

Pastikan anda catitkan tarikh penting AJL34 iaitu 9 Februari 2020 (Ahad), 9.00 malam dalam kalendar anda! Hangatkan lagi perbualan di alam maya anda dalam laman media sosial dengan menggunakan tanda pagar #AJL34. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Juara Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2019

Zahiril Adzim 1 | 20

Majalah Gaya Hidup Selebriti Malaysia Dalam DESTINASI DUA JIWA