in ,

Cabaran Members Bermain Badminton Bersama Lagenda Badminton Negara Datuk Rashid Sidek

Menyanyi sudah, berlakon pun sudah! Kini tugasan members Master In The House Malaysia semakin mencabar apabila lagenda badminton negara Datuk Rashid Sidek muncul sebagai Master mereka pada minggu ini.

Sudah tentu ia berkaitan dengan sukan badminton. Adakah mereka boleh bermain badminton, atau pernahkah mereka bermain badminton? 

Setiap minggu ada sahaja gelagat lucu mereka. Nak pula mereka semua ni memang kaki sakat. Memang tak kering gusi dibuatnya setiap minggu. Tidak sabar melihat gelagat Hael Husaini, Andi Bernadee, Scha Elinnea, Sharifah Rose dan Meyrasam apabila berdepan dengan pemain No. 1 Dunia (diiktirafkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa pada tahun 1997). 

Menarik minggu ini Datuk Rashid Sidek turut berkongsi kenangannya ketika dia dan adik-beradiknya yang juga lagenda badminton negara seperti Misbun Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek ketika berlatih dengan Dato’ Sidek Abdullah Kamar, ayah mereka yang tegas. Turut dikongsi adalah tentang komik biografi mengenai keluarga jaguh badminton Anak-anak Sidek yang popular pada tahun 1990-an.

Jangan lupa saksikan episod menarik minggu ini, 12 Februari, pukul 10.00 malam hanya di TV3. Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy  sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majalah 3 Istimewa : Kapsul Masa: Misi Ke Tokyo

Marvel Studios Lancar Trailer Super Bowl Doctor STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS