in

Maharaja Lawak Mega 2018 Bakal Ditayangkan Mulai November Ini

Lawak yang pasti membuat penonton ketawa melambung-lambung!

Melawak sana, melambung sini. Program lawak terhebat tanah air yang paling ditunggu-tunggu, Maharaja Lawak Mega 2018, bakal membuka tirai pada November ini di saluran komedi Astro Warna dan Warna HD.

Untitled

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2018

Sebanyak 14 barisan peserta terdiri daripada peserta solo, duo dan trio telahpun bersedia dengan pelbagai cereka lucu serta punchline menarik yang pastinya akan menggeletek hati penonton. Perjalanan kerjaya seni mereka sering mendapat perhatian peminat komedi di rantau ini.

Masing-masing hadir membawa pengalaman yang telah diraih sepanjang berkecimpung dalam dunia komedi untuk menjadikan Maharaja Lawak 2018 sebagai musim terbaik untuk program ini.

Apa yang pasti, Maharaja Lawak Mega 2018 punyai expectation yang cukup tinggi daripada peminat komedi di Malaysia dan juga negara jiran ekoran kejayaan-kejayaan yang berjaya ditempa pada setiap musim penganjuran program ini sejak enam tahun yang lalu.

Oleh itu, hanya mereka yang terbaik dalam kalangan terbaik yang akan mewarnai Maharaja Lawak Mega 2018. Siapakah mereka? Sama-sama kita ketahui identiti kesemua 14 peserta pada majlis sidang media pada petang ini.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mahalnya! Harga iPhone XR, iPhone XS, iPhone XS Max di Malaysia

Peraduan Tayangan Perdana EXTREME ENDS di Saluran KIX HD