in ,

Mahalnya! Harga iPhone XR, iPhone XS, iPhone XS Max di Malaysia

Sekarang makin ramai nampaknya yang tak sabar untuk memiliki iPhone terbaru dari Apple. Jadi, Apple Malaysia cepat-cepat buka tempahan, kita tengok berapa ribu yang akan menempahnya nanti.

Untitled

Selang dua minggu selepas Budiey mendapatkan iPhone XS di Singapura semasa kunjungan Anugerah Planet Muzik baru-baru ini, ada berita terbaru pasal iPhone terbaru ini akan menjengah pasaran Malaysia pula.

Jika di Singapura, rasanya harga iPhone lebih murah sedikit.

Tonton VLOG GILA GAJET – Misi Mencari iPhone XS Max di Apple Store Singapore

Berita yang paling ramai tunggu khususnya peminat produk keluaran Apple… Nah! Apple Malaysia hari ini telah mengemaskini laman jualan mereka, di mana mereka menyenaraikan iPhone XS dan juga iPhone XS Max untuk dipra-tempah bermula 19 Oktober 2018 ini.

Untitled

Seperti biasa, tiga variasi ditawarkan untuk iPhone XS dan juga iPhone XS Max – dengan pilihan storan sehingga 512GB. Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan sokongan cip pemprosesan terbaru, selain penaik-tarafan pada bahagian kamera.

iPhone XS Max & iPhone XS

Selain itu, Apple turut mengatakan Face ID kini beroperasi lebih pantas, dan ia turut menyertakan sokongan cip 7nm untuk pemprosesan lebih baik dan penggunaan tenaga lebih efisyen.

Berikut merupakan harga jualan iPhone XS di Malaysia:
iPhone XS 64GB – RM4999
iPhone XS 256GB – RM5699
iPhone XS 512GB – RM6649

Berikut pula adalah harga jualan iPhone XS Max di Malaysia:
iPhone XS Max 64GB – RM5399
iPhone XS Max 256GB – RM6099
iPhone XS Max 512GB – RM7049

Selain itu, Apple juga telah menyenaraikan iPhone XR untuk pasaran tempatan. Seperti iPhone XS, pengguna tempatan boleh melakukan pra-tempahan untuk iPhone XR melalui laman Apple bermula 19 Oktober 2018 kelak.

iPhone XR membawakan spesifikasi yang lebih kurang sama seperti iPhone XS, tetapi menggunakan skrin LCD, selain hanya menggunakan satu kamera sahaja pada bahagian belakang. Ia turut hadir dengan sejumlah pilihan warna berbeza – termasuk merah dan biru.

Untitled

Di Malaysia, tiga variasi peranti akan ditawarkan, iaitu 64GB, 128GB dan juga 256GB. Berikut merupakan harga jualan iPhone XR di Malaysia:
iPhone XR 64GB – RM3599
iPhone XR 128GB – RM3849
iPhone XR 256GB – RM4299

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan melalui laman rasmi Apple bermula 19 Oktober 2018 ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meghan Markle Hamil, Bersalin Pertengahan Tahun 2019

Maharaja Lawak Mega 2018 Bakal Ditayangkan Mulai November Ini