in ,

Peraduan Tayangan Perdana EXTREME ENDS di Saluran KIX HD

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini!  

Extreme Ends: Tayangan Perdana Siri Realiti Baharu KIX HD yang menampilkan Siti Saleha pada 17 Oktober

Ikuti Saleha dan Suaminya Lutfi dalam Pengembaraan yang Penuh Dengan Aksi Mendebarkan dan Sisi Berlainan Hong Kong.

Jom Tonton EXTREME ENDS di Saluran KIX HD

Percutian idaman seringkali dikaitkan dengan membeli-belah atau menikmati pemandangan pantai yang indah. Namun ada juga yang mahukan pengembaraan lasak ketika bercuti.

Oktober ini, saluran hiburan aksi KIX HD (Saluran Astro 729) bakal menayangkan rancangan siri realiti terbaharu, Extreme Ends, yang memaparkan sisi berlainan kota Hong Kong yang jarang dilawati pelancong.

KIX HD Extreme Ends_Official Poster

Dibintangi empat selebriti dari empat negara Asia Tenggara, Saleha mewakili Malaysia dan menyahut cabaran ini bersama suaminya Ahmad Lutfi Azhar.

Yang Istimewa Tentang Extreme Ends

Pasangan yang baru menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka ini gemar mengembara dan sesuai untuk mengalami aktiviti berlainan yang dipilih untuk Extreme Ends.

Setiap episod akan menampilkan seorang selebriti bersama tetamu istimewa mereka menghadapi tema bertentangan yang ekstrem seperti “Tinggi dan Rendah” atau “Siang dan Malam”.

Tema-tema ini akan memaparkan wajah Hong Kong yang jarang dilihat serta mempamerkan perbezaan ketara yang sangat menarik dan ciri khas Hong Kong yang bergaya.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama sekali lagi dengan Lembaga Pelancongan Hong Kong dan teruja untuk memberikan pengalaman baharu kepada penonton bagi melihat perbezaan ketara negara Hong Kong.

Penonton juga dapat mengenali dengan lebih dekat setiap selebriti yang terlibat kerana mereka akan ditemani orang tersayang sementara melalui aktiviti yang unik bersama.

Secara tidak langsung, penonton akan berasa seperti turut bersama-sama mereka dalam pengembaraan di Hong Kong,” kata Betty Tsui, Naib Presiden, Pengaturcaraan – KIX dan Thrill, Celestial Tiger Entertainment.

“Kejayaan yang diraih oleh The Ultimate BROcation menambahkan keyakinan kami untuk sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan Celestial Tiger Entertainment.

Hong Kong terkenal sebagai destinasi pelancongan terpilih di kalangan penduduk Asia Tenggara dengan pelbagai pilihan untuk menjamu selera, membeli-belah, hiburan waktu malam dan acara hebat.

Selain itu, negara ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik serta tarikan alam semula jadi yang indah.

Penampilan selebriti dari Asia Tenggara dalam siri ini akan memberikan inspirasi kepada penonton untuk menjelajahi tempat-tempat baharu di Hong Kong seperti penduduk tempatan,” kata Raymond Chan, Pengurus Serantau, Asia Tenggara, Lembaga Pelancongan Hong Kong.

Berkongsi pengalamannya menjayakan siri ini, Saleha berkata,

“Memandangkan ini pengalaman pertama saya membintangi siri realiti pengembaraan, saya melakukan persediaan sebaik mungkin untuk siri Extreme Ends terbitan KIX HD ini. Namun apa yang saya lalui di Hong Kong sememangnya sesuatu yang sangat baharu bagi saya.

Siapa sangka, Hong Kong mempunyai banyak aktiviti yang menarik dan unik. Kenangan yang paling saya tidak boleh lupa ialah pemandangan ketika mendaki pada waktu malam dan juga permainan pistol BB yang memerlukan saya memakai pakaian seragam askar.

Seperkara lagi yang menarik ialah temu bual yang diadakan pada penghujung hari. Kami lebih mengenali antara satu sama lain sebagai pasangan suami isteri dan dapat belajar perkara baharu tentang diri masing-masing. Ini barulah pengembaraan sebenar!”

Untuk lebih banyak aksi menarik, jangan ketinggalan menyaksikan Extreme Ends yang akan ditayangkan secara eksklusif di KIX HD (Saluran Astro 729) pada 17 Oktober, setiap Rabu jam 9.30 malam!

Extreme Ends diterbitkan oleh syarikat induk KIX iaitu Celestial Tiger Entertainment, pengendali persendirian saluran pan Asia terbesar yang diterbitkan khusus untuk hiburan Asia. Rancangan ini ditaja oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong dan disokong oleh Harbour City.

Peraduan Tayangan Perdana EXTREME ENDS

Sensasi Selebriti dengan kerjasama KIX HD ingin menghadiahkan 10 hadiah goodie bag untuk Budieyators dan pembaca setia. Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu download (save) poster promo kat atas dan siarkan di laman sosial Facebook dan Instagram berserta dengan caption.

Caption anda hendaklah kreatif dan catchy dengan menggunakan info ini: info tentang tayangan program ini iaitu Program EXTREME ENDS bakal disiarkan SETIAP RABU, jam 9.30 malam di saluran KIX HD (Astro Ch. 729). 

Picture of premiums

Kepada pembaca yang mahukan hadiah di atas ini! Cepat hantar penyertaan anda!

Ingat hashtag ini: #ExtremeEnds #BudieyxKIXHD #budieyators #budieydotcom

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai peraduan ini isi caption dengan menyatakan bila dan di saluran mana program ini boleh di tonton berdasarkan info di atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #ExtremeEnds #BudieyxKIXHD. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu menang hadiah ini kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Hantarkan penyertaan anda juga melalui emel:

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter, Facebook & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Perdana EXTREME ENDS di Saluran KIX HD

Tarikh tutup peraduan:

5 November 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada KIX HD dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maharaja Lawak Mega 2018 Bakal Ditayangkan Mulai November Ini

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Konsert Suara Anak Malaysia