in

Jom Tonton Trailer Siri TV MacGyver Versi Reboot

Yes, calling for MacGyver fans out there. MacGyver kembali mengganas di kaca TV. MacGyver akan bersiaran setiap hari Jumaat menjelang Ogos 2016.

Persoalan utama ialah…Siapakah pengganti beliau? Ini pembayangnya: Ramai yang telah mengenali beliau sebagai Havoc dalam francais X-Men yang terbaru. Jawapannya: Lucas Till.

MacGyver Versi Reboot

Berikut sinopsis penuh yang diberikan oleh CBS:

A secret agent unlike any other, MacGyver escapes perilous situations with nothing but a paper clip, his trusty knife and his wit. A dynamic reimagining of the hit TV series, this action packed origin story follows a young hero as he undertakes missions to save lives and change the world.

CBS telah memberikan nafas baharu kepada siri televisyen popular tersebut yang pernah bersiaran selama tujuh musim dari tahun 1985 hingga 1992. Dibintangi oleh Richard Dean Anderson, ia memberikan impak yang sangat besar kepada peminat dan penonton yang membesar pada tahun 80an kerana kebolehan dan kemahiran beliau yang menggunakan barang-barang harian dan panduan sains untuk melepaskan diri dari ancaman serta bahaya.

Mari kita tonton treler rasminya di atas ini dan nilai perbezaan dan persamaannya ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khairul Amri Abas Pengarah Tundukkan Playboy Itu Meninggal Dunia

Josh Duhamel Kembali Mengganas dalam TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT