in

Khairul Amri Abas Pengarah Tundukkan Playboy Itu Meninggal Dunia

Semalam, kita dikejutkan dengan berita pemergian insan seni pengarah drama terkenal Khairul Amri Abas, yang telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat mengalami sesak nafas semasa menjalani penggambaran drama di Perak.

Berita berkenaan turut dikongsi oleh beberapa artis seperti Amar Baharin, Fezrul Khan dan Uqasha Senrose menerusi akaun Instagram mereka.

“Minta kawan-kawan di sini sedekahkan Al-fatihah buat pengarah yang sangat berhati mulia Keoi Hj Khalid yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insya-Allah,” tulis Amar Baharin.

“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun… salam takziah dari saya buat keluarga arwah tuan Keoi Hj Khalid. Arwah telah banyak mengajar saya dari segi lakonan. Semoga beliau di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-fatihah,” coret Fezrul.

Allah lebih sayangkan abang Keoi. Al-fatihah buat arwah, you will be missed,” ucap Uqasha.

Antara arahan drama popular arwah ialah Tundukkan Playboy Itu, Cik Bunga Encik Sombong, dan Tersuka Tanpa Sengaja.

MH Online dan warga Media Hiburan mendoakan semoga roh arwah di tempatkan bersama golongan orang yang beriman. Takziah buat seluruh keluarga. Al-fatihah.

Al-Fatihah. Salam takziah buat keluarga dan sahabat Allahyarham.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Search Beri Masa 48 Jam Untuk Yazit Tarik Semula Laporan Polis

Jom Tonton Trailer Siri TV MacGyver Versi Reboot