in

Josh Duhamel Kembali Mengganas dalam TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT

Filem yang Budiey tunggu-tunggu, TRANSFORMERS kembali lagi. Untuk siri ke-5 ini, nampaknya perancangan sangat teliti dari segi pembikinan dan juga promosi. Menggunakan semua platform yang ada, nampaknya filem ini menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk meletakkan filem ini satu tahap yang lebih baik dari sebelum ini. Penonton juga tidak mahu melihat alat yang sama digunakan, teknologi CGI yang digunakan… kerana mereka mahu sesuatu yang fresh. Baru sehari Paramount Pictures mengumumkan judul rasmi untuk Transformers 5 iaitu TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT.

Dan pada hari ini pula, mereka telah mengumumkan pelakon yang terlibat dalam trilogi awal francais tersebut iaitu Josh Duhamel akan kembali. Beliau sah akan mengulangi peranannya sebagai Leftenan Kolonel William Lennox seperti sebelum ini.

Hingga kini belum ada maklumat lebih lengkap tentang bagaimana keterlibatan beliau dalam saga kelima filem tersebut. Tapi pengumuman ini menguatkan lagi hubungan antara keseluruhan francais yang bakal mewujudkan sebuah semesta (universe) baharu buat seluruh Autobot dan Deception.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Tonton Trailer Siri TV MacGyver Versi Reboot

Apabila DIA SEMANIS HONEY Trending di Youtube Malaysia