in , ,

“Maaf, Saya Bukan Lagi Duda Pilihan Anda!” – Sharnaaz Bertunang?

Pelakon Sharnaaz Ahmad telah berkongsi sekeping fotonya berbaju Melayu lengkap di sisi anak lelaki, Jebat Jayden serta seorang wanita yang turut mengenakan persalinan sedondon warna biru firus.

Menerusi kapysen ditulis, Sharnaaz seolah-olah menjelaskan bahawa dia telah mengikat tali pertunangan bersama teman wanitanya iaitu pelakon baharu, Amelia Christie Lim.

 “Maaf bukan lagi duda pilihan anda!!,” tulisnya.

“Maaf, Saya Bukan Lagi Duda Pilihan Anda!” – Sharnaaz Ahmad Tunang?

Menguatkan lagi dakwaan berita pertunangan itu, beberapa tanda pagar telah disertakan dalam entri tersebut seperti #SxAeday, #MamuKenaGari dan #DalamHatiAdaTaman.

“Maaf, Saya Bukan Lagi Duda Pilihan Anda!” – Sharnaaz Ahmad Tunang?

Walau bagaimanapun, hantaran itu sudah tiada lagi di laman Instagram milik Sharnaaz dan dipercayai dipadam beberapa minit selepas dimuat naik. 

Walaubagaimanapun, Sharnaaz dilihat telah memadam perkongsian tersebut di Instagramnya selepas beberapa minit kemudian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Malbatt: Misi Bakara Sedia Bertempur di Pawagam 24 Ogos Ini! 

Liyana Jasmay Akhirnya Buka Pekung di Dada, Kisah Dua Bulan Yang Suram