in , ,

Filem Malbatt: Misi Bakara Sedia Bertempur di Pawagam 24 Ogos Ini! 

Pengarah filem dan juga penerbit, Adrian Teh mengesahkan filem patriotik MALBATT: Misi Bakara sudah sedia dipertontonkan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan.

“Beberapa bulan berbaki ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk tujuan suntingan dan sentuhan terakhir sebelum MALBATT: Misi Bakara ditayangkan” – Adrian Teh 

Menurut Adrian yang juga pengarah Filem Aksi PASKAL The Movie dan Wira, sewaktu dia berumur 17 tahun, dia telah menonton filem “Black Hawk Down” dan amat menyukainya serta kagum dengan filem tersebut. Tidak pernah terlintas di fikirannya selepas 21 tahun kemudian, dia berpeluang untuk menceritakan kisah bersejarah ini dari sudut pandangan Malaysia. 

Filem Malbatt: Misi Bakara Sedia Bertempur di Pawagam Mulai 24 Ogos Ini!

“Saya terpanggil untuk menceritakan kejadian sebenar kepada semua. Oleh itu, saya telah mengerahkan segala sumber, usaha, kepakaran dan teknik penggambaran untuk menyiapkannya. MALBATT: Misi Bakara adalah filem yang paling sukar untuk saya hasilkan namun saya berharap semua orang akan berpuas hati dengan hasilnya kelak” – Adrian Teh 

Sementara itu tetamu kehormat majlis, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman turut memberikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Pelancaran filem MALBATT: Misi Bakara yang bertempat di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. 

“Adalah menjadi harapan saya, filem ini akan dapat memaparkan fakta sebenar peristiwa bersejarah ini kerana ia dibuat berdasarkan maklumat daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam pertempuran tersebut. Adalah penting fakta sebenar ditonjolkan demi menghargai pengorbanan mereka yang telah menyabung nyawa untuk menyempurnakan amanah negara” -Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman. 

Filem Malbatt: Misi Bakara Sedia Bertempur di Pawagam 24 Ogos Ini!

Di majlis pelancaran tersebut, turut diumumkan beberapa anak syarikat kepada Berjaya Corporation turut bersama menjadi Rakan Promosi Filem MALBATT: Misi Bakara. Syarikat seperti 7-Eleven Malaysia, Starbucks Malaysia, Kenny Rogers Roasters, Krispy Kreme Doughnuts Malaysia dan Cosway Malaysia bakal menampilkan pelbagai promosi sempena tayangan filem. Kerjasama yang terjalin bersama syarikat-syarikat gergasi ini bakal menjadi penanda aras kepada industri perfileman negara. 

MALBATT: Misi Bakara dipersembahkan oleh Tentera Darat Malaysia bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw. Filem ini mengisahkan kisah benar tentang operasi untuk menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap apabila helikopter Black 

Hawk mereka terhempas di Somalia. Cerita ini pernah diketengahkan di dalam filem Hollywood iaitu “Black Hawk Down”. Kali ini MALBATT: Misi Bakara bakal memberi naratif tentang malam kejadian tersebut dan mengenali wira yang sebenar. 

Filem Malbatt: Misi Bakara Sedia Bertempur di Pawagam 24 Ogos Ini!

Berjaya Pictures, sebuah subsidiari di bawah Syarikat Berjaya Land merupakan pelabur terbesar di dalam filem ini. Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun selaku Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation menyatakan bahawa beliau berharap filem ini dapat memberi inspirasi kepada penonton untuk menghargai perjuangan perwira tanah air kita. 

“Wira-wira MALBATT ternyata membuktikan bahawa tiada halangan yang tidak dapat diatasi apabila kita berdiri bersama. Mereka menunjukkan kuasa perpaduan dalam kepelbagaian – ia adalah prinsip asas tanah air tercinta kita”. – Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun, Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation. 

Filem Malbatt: Misi Bakara Sedia Bertempur di Pawagam 24 Ogos Ini!

Turut hadir di majlis pelancaran adalah Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Timbalan Panglima Tentera Darat, Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS, Yang Mulia Ts Raja Adhzim, Pengarah Kanan Kejuruteraan, FINAS, Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun, Pengasas & Penasihat Berjaya Corporation, Syed Ali Shahul Hameed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land, Budi Citawan Wan Hanafi, Pengarah Urusan Berjaya Pictures, dan Dato’ Razak Al-Malique Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes. 

Tidak ketinggalan turut hadir memberi sokongan ialah Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Screen Cinemas, Raja Jastina Raja Arshad, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viu Lancar Drama Thriller, Ubah Memori Manusia Dalam ALTER-NARATIF

“Maaf, Saya Bukan Lagi Duda Pilihan Anda!” – Sharnaaz Bertunang?