in

L’Zzay Kembali Mengganas Dengan Lagu MOHON TERASA

Selepas kejayaan single ‘Joget Selfie Raya’ yang menjadi fenomena ketika sambutan Aidilfitri tahun lepas, L’Zzay kini kembali dengan single terbaru yang diberi judul #MohonTerasa. Dengan minat yang mendalam terhadap irama tradisional sejak dari bangku sekolah lagi, beliau telah menghasilkan sebuah lagu yang menggabungkan elemen R&B dan irama zapin bersama produser muda berbakat besar, Rudy Abdul Halim.

Apa yang menarik mengenai single ini, L’Zzay telah mempelawa Ratu Pop Etnik Malaysia, Noraniza Idris untuk turut bekerjasama dalam pembikinan lagu ini. Dengan gandingan idea, suara dan penyampaian yang berbeza, lagu ini dijangka bakal mengembalikan semula era etnik kreatif yang pernah popular suatu masa dahulu.

Dengan lirik berunsur nasihat serta sindiran secara lembut yang dicipta sendiri oleh L’Zzay bersama komposer terkenal Fedtri Yahya, lagu ini membawa maksud bibit-bibit dan kelakuan muda-mudi sekarang yang ingin bercinta dan sedang hangat bercinta.

Memang menjadi trend bagi anak-anak muda sekarang untuk menjadikan segala-galanya ‘viral’ diiringi dengan tanda hashtag, maka lahirllah #MohonTerasa. Mampukah L’Zzay sekali lagi mencipta hit seperti ‘Joget Selfie Raya’?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama SEINDAH TAKDIR CINTA

Senarai Penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-29