in , ,

Luqman Podolski Buka Rahsia Tentang Album Mini HITAM PUTIH

Bermula sebagai personaliti media sosial yang berkongsi video-video jenaka sejak tahun 2014, Luqman Podolski mula melakar rona seninya sebagai penyanyi rap menerusi single debutnya ‘Sorang’ pada tahun 2019.

Pada 7 Oktober lalu,  penyanyi rap yang mesra disapa sebagai Luqman ini muncul dengan single keduanya berjudul ‘Kembar’. Belum puas peminat membahas ironi di sebalik judul karya-karya terbitannya, kini Luqman bakal muncul pula dengan album mini yang diberi judul “HITAM PUTIH”.

“HITAM PUTIH” merupakan album debut Luqman yang memuatkan 4 buah lagu; ‘Kalau Kau Rindu’, ‘Jap Itu Jap Ini’, ‘Cahaya’ termasuk single ‘Kembar’ yang baharu dilancarkan pada 7 Oktober lalu. Album ini mendapat sentuhan komposer dan penerbit Mingaling daripada kumpulan Hip-Hop tempatan MassMusic sebagai penerbit rakaman lagu ini.

Bekerja di balik tabir dan secara tiba-tiba muncul dengan single keduanya ‘Kembar’ tanpa sebarang petanda, Luqman berjaya mengejutkan peminatnya yang selama ini tidak sabar menanti kemunculan karya terbaharunya itu.

Luqman Podolski

Baharu saja peminatnya meraikan kemunculan ‘Kembar’, Luqman bakal memberikan kejutan sekali lagi buat peminatnya dengan melancarkan album mini “HITAM PUTIH”. Sebagai ‘teaser’ untuk mengacah peminatnya mengenai kemunculan karya baharunya yang akan datang, Luqman telah memperdengarkan sedutan lagu ‘Kalau Kau Rindu’ yang dipetik daripada album mini “HITAM PUTIH” ini di penghujung video muzik rasmi ‘Kembar’ yang dimuatnaik di saluran YouTube Black Hat Cat Records pada 7 Oktober lalu.

Menyifatkan album ini sebagai hadiah istimewa buat peminat yang tidak putus menyokong kerjayanya selama ini, Luqman berkata,

HITAM PUTIH adalah kejutan khas saya buat peminat. Setelah muncul dengan ‘Sorang’ pada tahun lepas, mereka tidak sabar menantikan karya terbaharu saya. Kali ini saya bukan sahaja terbitkan satu single, malah saya terbitkan satu album untuk mereka.

Walaupun album ini hanya mengandungi 4 buah lagu, tetapi penerbitan album mini seumpamanya adalah suatu langkah berani di era muzik zaman ini yang lebih mengutamakan penerbitan lagu secara single.

Mungkin sebelum ini ramai yang memandang karya rap saya hanya sebagai material lawak. HITAM PUTIH cuba membuktikan bahawa saya serius berkarya dan ingin pergi lebih jauh dalam arena muzik, bukan sahaja sebagai penghibur tetapi juga sebagai pencipta lirik.

Saya berharap lagu-lagu dalam album ini mendapat sambutan positif pendengar dan dapat memeriahkan lagi industri seni tempatan terutamanya arena Hip Hop.”

– Luqman Podolski

Video muzik rasmi ‘KALAU KAU RINDU’ adalah sambungan dari penceritaan yang telah dipaparkan di dalam video muzik ‘Kembar’. Video muzik rasmi ini boleh ditonton di saluran Youtube Black Hat Cat Records bermula 15 OKTOBER 2020.

Album terbitan Black Hat Cat Records dengan kerjasama Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 16 OKTOBER 2020.

IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT LUQMAN PODOLSKI DI MEDIA SOSIAL

INSTAGRAM      : https://www.instagram.com/luqmanpodolski

FACEBOOK          : https://www.facebook.com/luqmanpodols

TWITTER              : https://twitter.com/LuqmanPodolski

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Facebook Messenger Kini Punya Logo & Tema Chat Baru Yang Lebih Ceria

Samsung Mungkin Ikut Jejak Langkah Apple Tawarkan Telefon Pintar Tanpa Pengecas