in , ,

Loca B & Tuju K-Clique Sudah Putus Cinta

Penyanyi Loca B tidak berniat untuk mencari publisiti berikutan tindakannya berkongsi foto dan video menunjukkan kesan lebam dialaminya sepanjang dia menjalin hubungan cinta dengan anggota kumpulan hip hop popular, K-Clique iaitu Tuju.

Loca berkata, tujuannya dia cuma ingin bersuara mengenai pengalamannya menjalani hubungan yang penuh toksik itu supaya orang lain dapat mengambil iktibar.

Tuju Loca B

“Saya sudah tidak tahan menjalin hubungan itu dan  ia melebihi tahap kesabaran saya.

Jadi saya mahu bersuara mengenainya. Selama ini saya tersepit antara rasa sayang dan derita sendirian.

Tujuan utama saya adalah untuk menunjukkan kepada umum terutama yang terperangkap hubungan toksik supaya berbuat sesuatu.

Saya berharap mereka juga akan berusaha lepaskan diri daripada terus menderita,”

– Loca B

Loca turut mengakui dia sudah berpisah dengan Tuju pada hari yang sama. Namun, dia tidak berniat untuk memburukkan Tuju menerusi apa yang dikongsikan itu.

“Itulah keputusan terbaik untuk kami. Saya memang mahu keluar dari hubungan sebegitu kerana tidak mahu tersepit lagi.

Tipulah kalau saya tidak sedih apatah lagi kami sudah bersama selama beberapa tahun.

“Namun, saya akan terus menguatkan diri menjalani kehidupan dan berusaha bangkit dari segi emosi.

Kami sudah sepakat membawa haluan masing-masing demi kebaikan bersama dan saya doakan yang terbaik untuknya,”

– Loca B

Loca turut terkilan apabila perkongsiannya itu turut diputar-belit di laman sosial dan dia tidak sangka ia memburukkan lagi keadaan.

“Saya terkejut melihat respon di Twitter terutamanya apabila ada yang menuduh Tuju kaki pukul.

Sebenarnya lebam di tangan saya itu hanya berlaku sekali saja akibat kami masing-masing saling mengasari.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah kita perlu kuat untuk cuba keluar dari hubungan yang penuh toksik.

Namun, ia disalah-erti sehingga berlaku putar belit mengenai situasi kami,”

– Loca B

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Loca tampil menafikan dia dipukul Tuju dan kekasihnya itu bukanlah kaki pukul sepertimana tular di media sosial.

Tuju kemudian membuat laporan polis berikutan beberapa status dimuat naik di media sosial yang berbaur fitnah dan mengaibkan namanya.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Huda | 20

COVID-19: Nasihat Pedas Makan Dalam Nabila Huda Untuk Mereka Yang Ingkar PKP

Andi Bernadee | 21

Datuk Rosyam Nor Bertekak Dengan Andi Bernadee?