in ,

Erra Fazira dan Engku Emran Bertunang Jumaat Ini

Erra Fazira dan Engku Emran akan bertunang di rumah ibu Erra Fazira di Damansara pada 7 September (Jumaat ini). Alhamdulilah…

Budiey rasa berita ini akan menutup segala salah faham dan segala gossip serta skandal yang telah timbul hasil perbalahan dan putus cinta Hans Isaac dan Erra Fazira. Namun, sejarah tetap menjadi sejarah dan akan tercatit dalam buku rekod dan terus terpahat di hati peminat. Parut luka dikhianati cinta masih tercalit di hati Hans Isaac. Episod cinta dan drama akan terus berlangsung selagi mana manusia terus hidup. Apakah pula akan berlaku seterusnya?

Apa sahaja yang berlaku, saya doakan segala perancangan pertunangan Erra Fazira dan Engku Imran akan berjalan dengan lancar. Semoga kebahagian akan terus dikecapi oleh penyanyi dan pelakon sensasi ini.

Keluarga pasangan hangat merestui hubungan cinta mereka kini sedang sibuk membuat persiapan majlis pertunangan, walaupun kedua-dua Erra dan Engku Emran enggan mengesahkan perkara terbabit.

Engku Emran tidak menafikan dia memang akan bertunang dengan Erra tetapi tidak menyatakan tarikh atau tempatnya, manakala Erra sebelum ini pernah mengesahkan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Engku Emran.

“Saya mula berkenalan dengan Emran ketika saya menjarakkan diri daripada Hans Isaac sejak Februari lalu.

Hubungan semakin rapat sejak Mei, sebelum Emran menunaikan umrah.

Selepas itu, kami meneruskan hubungan itu dan selalu berbalas SMS.

Saya tidak mahu terkena lagi.

Dulu ada pihak wartawan yang berkecil hati apabila mereka tidak dijemput pada sidang media penjelasan hubungan saya dengan Engku Emran, tetapi kali ini saya tidak mahu perkara itu berulang lagi.

– Erra Fazira

Perkahwinan dengan Engku Emran nanti menjadi perkahwinan kali kedua oleh Erra selepas dia bercerai dengan penyanyi dan produser, Yusry Abdul Halim pada 16 Jun 2006. Mereka berkahwin pada 15 Jun 2003.

Bercakap kepada media selepas sesi rakaman program Ole-Ole Raya terbitan TV3, baru-baru ini, Erra berkata beliau tidak mahu kesilapan lalu berulang lagi menyebabkan segala urusan peribadi mesti ditangani dengan berhati-hati.

– Sumber Berita Harian

Kepada Erra Fazira, semoga hubungan anda dan Engku Imran akan kekal hingga ke anak cucu. Usah dipersiakan kasih sayang dan cinta seorang lelaki.

erra fazira bertunang

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lirik Lagu Terbaru Aizat – Sahabat

Nominations 59th Annual Emmy Awards & Ramalan Budiey