in , ,

Lepas Pecah Rahsia Mengandung, Katy Perry Idam Anak Perempuan

Selepas mendedahkan kepada umum mengenai kehamilan sulungnya pada minggu lalu, penyanyi Katy Perry mengatakan dia mengidam untuk menimang cahaya mata perempuan.

Perkara itu diumumkannya ketika menjayakan persembahan pada perlawanan akhir Piala Dunia Kriket Wanita yang berlangsung di Melbourne, Australia, semalam. Ketika menyanyikan lagu Wide Awake, Katy berhenti sebentar sebelum menjerit kepada penonton, “I hope it’s a girl!” (saya mengharapkan anak perempuan!).

katy-perry-orlando-bloom

Katy minggu lalu mengumumkan dia sedang hamil anak sulung menerusi muzik video lagu (MV) terbaharunya, Never Worn White. Dalam MV tersebut, Katy memegang bahagian perut sambil menunjukkan ‘baby bump’.

Penyanyi lagu Fireworks itu bertunang dengan aktor Orlando Bloom pada Februari tahun lalu.

Ini merupakan cahaya mata pertama Katy manakala yang kedua buat Orlando yang turut mempunyai seorang anak lelaki, Flynn, 9, hasil perkahwinan dengan bekas isteri, supermodel, Miranda Kerr.

What do you think?

36 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Baru Buka Instagram, Kareena Kapoor Raih 1.5 Juta Pengikut

Abah KJ Mohon Sokongan Rakyat Malaysia Galas Tugas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi