in ,

Abah KJ Mohon Sokongan Rakyat Malaysia Galas Tugas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Kerajaan hari ini telah mengumumkan barisan kabinet baru yang akan menerajui kepimpinan di Malaysia. Menerajui Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi adalah YB Khairy Jamaluddin.

Istiadat mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di Putrajaya pada hari ini berjalan dengan lancar. Susulan daripada itu, YB Khairy Jamaluddin berkesempatan menzahirkan rasa syukur selepas selesai majlis istiadat angkat sumpah di laman Facebooknya.

Alhamdulillah saya selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Jemaah Menteri di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong petang tadi.

Tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ini bukanlah suatu tugas yang mudah.

Bagi menempuh cabaran global dengan teknologi moden serba pantas selain daripada sasaran Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi, kementerian ini pastinya akan menjadi pemacu utama yang akan memandu Malaysia melepasi cabaran bagi mencapai sasaran tersebut.

Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden UMNO, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta seluruh kepimpinan UMNO-Barisan Nasional di atas ruang kepercayaan yang telah diberikan.

Saya mohon sokongan dan dokongan seluruh rakyat Malaysia.

Bismillahirrahmanirrahim.

– YB Khairy Jamaluddin

Tidak kurang juga, KJ turut berkongsi satu gambar beliau bersama-sama orang atasan di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk taklimat pertama sebagai menteri di kementerian tersebut.

Khairy Jamaluddin sendiri sebelum ini telah memfokuskan kepada arena pembangunan sains, teknologi dan inovasi melalui beberapa program ketika di Kementerian Belia dan Sukan.

Salah satunya adalah program #JomKoding yang mengajar pengaturcaraan, selain turut hadir dengan program hackathon berkaitan dengannya.

Kini, dengan menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kita akan dapat melihat lebih banyak program pembangunan dianjurkan, dan sama-sama kita nantikan apakah perancangan YB Khairy Jamaluddin melaluinya kelak.

Beliau akan dibantu oleh YB Ahmad Amzad bin Hashim sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Katy Perry | 18

Lepas Pecah Rahsia Mengandung, Katy Perry Idam Anak Perempuan

Redza Rosli | 19

Sinopsis Drama RINDU YANG TERINDAH Lakonan Redza Rosli & Amelia Henderson